Monday, September 28, 2009

tut tut jerantut ®

selama 3 hari 3 malam
aku berkampung di jerantut
ada sedara belah ayah aku kawen
aku wakil parents aku sebab ayah aku kurang sihat
aku pun tak pernah jumpa sedara aku yang ni
kitorang pegi naik ketapi
gerak dari jb
sedara mara aku dari Singapore pun ada juga
seronok pegi sana
makan je kejenya
sedara aku ada kedai makan
pagi tengahari petang malam semua makan kat kedai dia
macam-macam plak dia masak
sedap-sedap plak tu
memang save giler duit aku
kuar duit beli jajan je la
kat sana pun duduk hotel
semua orang support
ticket ketapi pun sama gak rm36 pegi balek
hotel satu malam rm40
hotel depan kedai dia je.hotel sri emas.
bila pegi mana-mana kedai @ pasar malam lagi syok
pak long aku dari Sgpore cakap
"amek je apa yang nak, ti pak long bayar"
tapi aku segan.aku beli jauh-jauh dari pak long

kat bandar jerantut ni takde la best sangat
kalau duduk situ lama-lama mesti bosan
ada bandar lama & bandar baru
kitorang stay kat bandar lama
memang betul-betul nampak lama la
structure kedai dengan tahun bangunan tu dibuat still ada
bandar baru pun bolehlah

sedara aku kawen kurang hangat
dapat bini orang Raub
masa nikah hari jumaat aku tak pegi.malas
biar makcik-makcik & pakcik-pakcik je yang pegi
aku pegi esoknya.bersanding.
sungguh hambar.
dah la jalan ke Raub macam cibai.
bengkang-bengkok.macam usus!!
macam ular mati sembelit pun ada gak.
nak tido dalam kete pun tak senang.
patut la mak anjang aku tak nak pegi masa bersanding
dia dah merasa dah masa pegi nikah.
sian dorang sampai demam-demam.pening lalat.
kang kalau tak pegi apa plak dorang cakap.
alhamdulillah.semuanya selamat.
selamat nikah.selamat sampai ke destinasi.

pesanan mak mertua ---> jauh perjalanan,luas pengalaman

Thursday, September 17, 2009

yeah!! raya ®

kad raya ni special untuk semua para blogger
samada followers aku atau pun bukan
terimalah kad raya daripada aku

dikesempatan ini aku nak mengucapkan
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir & batin
sambutlah hari raya dengan penuh kesyukuran
setelah sebulan berpuasa di bulan ramadhan

aku jugak nak minta maaf jikalau ada melakukan kesilapan
sehingga menyinggung perasaan kamu semua
kita ni manusia
bukannya perfect
dan saling la maaf memaafi antara satu sama lain
nak bagi duit raya aku ni student lagi
kutip duit raya la lagi
kepada yang nak balik kampung
drive elok-elok.ingatlah orang yang tersayang.
jangan lupa pakai tali pinggang!!

kejap lagi aku nak balik johor dah
bye2 semua...
doakan aku selamat sampai ye..

buat ketupat palas sendiri-sendiri
makan ketupat ngan mak tiri
selamat hari raya aidilfitri
salah silap harap dimaafi

dengarlah lagu raya dedicate untuk korang semua
Saloma - Selamat Hari Raya

Wednesday, September 16, 2009

otak blue ®

persiapan hari raya hampir siap
tinggal nak balik rumah je ni
hari ahad hari tu aku dah shopping raya dah
secara official aku beli 3 helai baju
satu t-shirt topman yang kat atas (floral print)
satu tee body glove
satu lagi t-shirt northern rock (beli before puasa lagi)
satu persamaan semuanya color biru
bukan otak aku pikir blue je
aku suka color biru
baju melayu tak beli lagi
mak aku suruh beli kat johor je
tapi takkan nak color biru jugak??
taknak!!aku nak beli color yang aku tak pernah pakai lagi.
aku nak color merah!!

Tuesday, September 15, 2009

bergear box ®

makan luar lagi & lagi
dulu dengan budak manufact je
kali ni dengan budak JKMB (Jabatan Kejuruteraan Mekanikal & Bahan)
lebih kurang 30 orang
berbuka puasa dekat Warung Dusun Gear Box.
tepi jalan nak ke highway kajang
boleh tahan la tempat ni
Pak Lah & PM sekarang pernah datang makan kat sini

menu macam biasa
nasi putih,ikan 3 rasa,kailan ikan masin
tomyam campur,ayam masak merah,sotong udang masak petai
alhamdulillah kenyang sampai berpeluh-peluh
air je yang tak cukup
kehausan akibat kepanasan

terima kasih kepada organizer
ahmad shadu
ko memang organizer yang terbaik
lepas ni boleh jadi planner lagi
tapi kalau satu kelas unite lagi best
takde la jadi kera sumbang
1 event 1 JKMB

terlalu banyak gambar
nak letak satu-satu confirm tak muat page
aku combinekan je
nak semua orang gambar dia ada
kang ada plak yang kecik hati gambar dia tak terselit.

nak balik pun sempat lagi ye korang ni
gambar aku je la yang banyak takde
boleh dikira dengan jari kaki
sebab aku yang snap gambar-gambar ni
even bukan kamera aku.

nak gambar dari bukan kamera aku punya???
click links below
buka puasa budak JKMB part 1
buka puasa budak JKMB part 2
buka puasa budak JKMB part 3

pesanan mak mertua ---> Fate chooses your relations, you choose your friends

Monday, September 14, 2009

bercelaru + runsing ®

kelmarin aku dapat berita mengejut
akak aku call
abah strok!!!
aku dah menggelabha dah time tu..
dorang bawa gi klinik
tapi pas tu dorang cakap
takde pe sangat
ok je.tak teruk mana pun.
aku yang kat sini dah tak tentu arah dah.
abah aku memang ada penyakit.
sakit jantung & kencing manis
sebelum ni pun dia jarang nak gi klinik
mak aku je yang paksa suruh gi
abah aku ada nurse peribadi
menantu & adik ipar dia nurse
so bila balik kg baru suruh check
lepas dah balik klinik petang tu ok dah
abah aku call
aku ingatkan nak cakap pasal keadaan dia masa tu
boleh plak cakap yang duit shopping raya dah masuk
bagi dua ngan adik aku
sebab esoknya aku ngan adik aku nak gi shopping raya
tapi aku tanya gak keadaan abah aku masa tu
dia kata ok je.tapi suara memang nampak tak sihat

tapi malam tu plak
abg long aku call
dia cakap dia bawa abah gi hospital plak
pas tu kena tahan masuk wad
tapi sekali lagi dorang cakap takde sangat
masa tu aku kat uptown shah alam

keesokan hari plak
abg aku yg kt ampang call
dia cakap dia nak balik johor
dia rasa tak sedap hati
dia cakap ngan aku nak balik sekali ke tak
aku cakap tak
sebab aku yakin yang abah aku ok je
kat sini banyak lagi keje nak di pass up
bukan aku tak pikir pasal keadaan abah aku
aku kena buat keputusan secara drastik
bab-bab buat decide ni lah yang aku lemah
bila abg aku dah dekat ngan bangi dia call lagi
dia tanya sekali lagi nak ikut balik ke tak
pas tu aku cakap la tak
kalau kelas boleh je escape
ni assignment + lab report banyak tak siap
semua nak kena submit sebelum cuti
abg aku boleh sound aku
"ko da besor dah,boleh pikir sendiri."
"pandai-pandai la ko cari tiket balik"
tersentap aku!!
kat otak aku dah pikir macam-macam
aku rasa nak nangis sangat-sangat
aku ni dah la sensitive bila pikir pasal parents
tapi aku tunjuk la depan member-member aku
ada la juga aku mengadu kat member-member
dorang banyak bagi support
sokongan dari belakang
terima kasih la kawan-kawan kerana bagi sokongan moral

hari ini aku bertambah lega
abah aku dah keluar wad petang tadi
planning nak hari ni tak jadi
alhamdulillah.semoga abah semakin sihat..amin..

pesanan mak mertua ---> One father is more than a hundred Schoolemasters

Sunday, September 13, 2009

goyang dangdut ®

acara menggegar mid valley kembali
warga smkabp batch 01-05/03-05 gathering di sana
aku nak sebut nama budak2 ni
tanda aku mengingati dorang semua
aku,alep,salwa,jamie,pekja,yati (UKM)
zetty,gebek,loq,lynda (UM) khai (terserempak)
fana jamal,fana leman (UPM)
amal,pika,mieza (USIM)
mamat (UIA)
hatim (gombak)lupa nama ipt dia
perancangan memang bukan dari awal lagi
lebih kurang seminggu sebelum event
setiap tahun memang buat
tapi tahun ni makin ramai
ada yang 5 tahun tak jumpa
lepas spm semua banyak buat haluan sendiri
sampai ada yang nak nangis sebab lama tak jumpa.terharu.
kalau nak kumpul yang study area KL ramai jugak
yang tak dapat datang ada hal.ada kelas.ada exam.ada hal
yang tak tahu cerita pasal event ni
aku mintak maaf.bukan aku organiser.
invitation pun datang dari fb
aku hanya tanya2 budak yang ada kat ukm je.

memang kalau gather ramai surelah macam2 cerita muncul
scandal2 masa sekolah
tapi kitorang banyak discuss pasal zaman u sekarang
"kehidupan di unversiti" tajuk perbincangan
banyak sangat benda nak cerita
tapi tak tahu nak tulis apa
dah kena sound ngan cleaner baru kitorang blah
lepak di food junction saje.takde bergerak ke mana2.
meluangkan masa di situ saje.
gambar pun terlalu banyak.
penat mengetag budak2 ni semua kat fb.
nak tengok sape yang paling banyak mencapap.

gambar-gambar part 1 here
gambar-gambar part 2 here

pesanan mak mertua ---> True friendship is like sound health; the value of it is seldom known until it be lost

Saturday, September 12, 2009

sedih & gembira dengan soda ®

program berbuka bersama course-mate
budak2 engineering manufacturing
aku ngan da'os yang organize
aku sebenarnya malas nak jadi organizer ni
tapi dengan kesungguhan yang aku ada, aku merelakan diri
lagipun kitorang just 15 orang je budak2 melayu dalam kelas (7L 8P)
semua datang.tapi ada watak pembantu.takpe.janji bayar.
The Nim's Little Island
dekat Sg. Ramal Kajang
tempatnya takde la besar sangat pun.
boleh menampung dalam 60 orang dalam satu masa
nak meredah tempat tu anda semua kena melalui 18 bonggol
jarak antara bonggol dalam 40 meter

kami order lauk-pauk yang biasa diorder
siakap 3 rasa,kailan,sotong/udang goreng tepung,
telur bistik,tomyam campur

tapi yang special kat sini
ada tomyam kelapa muda.tomyam letak dalam kelapa.
dapat free tempe goreng
tuan kedai nak amek hati,
sebab makanan kitorang lambat giler babi sampai.

kesian plak aku tengok member2 menunggu macam bulan tak jatuh2..
services tak bagus.tak mesra pelanggan.
cuba senyum sikit even penat.

aku pun pernah merasa keje macam ni gak.
tak payah la mintak muka nak kena tonyoh ngan kurma..
nasib baik ada pengubat duka
air soda gembira!!
ada lagi..air soda sedih & air soda muda..
pelik betul nama air2 dia.tapi biasa je sebenarnya.
air sirap + air soda + cincau = air soda sedih
air sirap bandung + air soda = air soda gembira
air soda muda aku tak tau macam mana.sebab aku tak dapat rasa.
tapi yang aku nampak color dia warna hijau.tu yang nampak muda.
belanjawan lebih kurang rm220.00
guna duit sendiri lagi.takde orang belanja.pokai2..

satu lagi nak mintak maaf kat budak2 mechanical.
bukan tak nak ajak korang tapi 15 bagi aku pun dah cukup ramai.
kalau nak buat event besar2 bolehlah.tu pun kena planning awal.
jangan kecik hati ye.nanti kita buat tutorial same2 aka meniru..

pesanan mak mertua ---> air yang dicincang tak akan putus

download gambar2 here

Thursday, September 10, 2009

mari berdansa denganku ®

tengah melayan cerita tari tirana
baru 3 episode
semua tengok kat tv3.com.my
boleh tahan la cerita ni
suka tengok sebab ramai pelakon baru.fresh.
tapi kalau dah biasa tengok drama under one radius
drama shahrulezad mohameddin
dah boleh agak dah pelakon dia siapa
yang mak tiri sindarella pun ada gak ngan anak dia
memang kelakar part diorang tu
tapi tak tahu apa kaitan dorang dalam drama ni
aku takde lah beriya-iya sangat nak tengok drama ni
drama ni baru je main kat tv.slot lestary tv3
aku teringin nak tengok nur kasih
orang kata best drama tu
tapi aku dah ketinggalan berjuta-juta episode
tu yang malas nak tengok dari 1st..
tengah pening kepala
sebab tidur dari pukul 9malam sampai 5pagi!!
nauzubillah!!

cacatan ---> music are soul

Wednesday, September 09, 2009

jangan ada lemak ®

gambar sekadar untuk menguji nafsu di bulan puasa

seperti biasa bersahur di maple
hari ni nak mengetest benda baru
nasi lemak mamak
selama ni aku tak pernah merasa nasi lemak mamak
aku pun tak tahu la kenapa aku tak minat
takde selera nak makan nasi lemak mamak
bukan aku tak makan nasi lemak
nasi lemak mamak je aku tak pernah makan
tekak aku dah set dah mesti tak sedap
tiba-tiba hari ni nak cuba plak
memang sah!!aku makan tak abes
bape sudu je aku telan.aku telan nasi, bukan sudu..
kalau roti plak, aku tak makan roti cecah kuah
kalau order roti, order roti bujang.tak perlu kuah-muah
kuah kacang dal, kuah kari kuah pape2 pun aku tak mintak
kalau ada pun sambal cikit je.secolet dua..
kalau kat tempat lain kemungkinan aku makan
tapi bukan dekat maple.kat maple aku order yang manis-manis
macam roti planta,roti pisang, roti boom
kalau roti kosong aku mintak gula.
selera aku memang lain tapi bukan demand..

cacatan ---> mulakan hari anda dengan bangun tidur & mengucapkan Alhamdulillah kerana diberikan nyawa untuk meneruskan kehidupan ini.

Tuesday, September 08, 2009

kembar baru ®

nak perkenalkan kembar terbaru
blog baru
telah dirasmikan pada hari Isnin 07/08/09
nama blog ni SUMBANG SUARA
www.cdrosak.blogspot.com
kenapa sumbang suara??
sebab synchronize dengan tema blog ni
berkaitan dengan lagu-lagu/mp3
bukan aku yang sumbangkan suara aku yang sumbang ni
kalau aku sumbangkan mesti ramai yg download punya
boleh jadi recording artist terus..
blog yang sedia ada ni tetap ada
aku separate kan.taknak campur-campur.taknak serabut
hal-hal personal dekat sini
dekat sana posting lagu-lagu
sape-sape yang nak download lagu or request lagu
bolehlah download dekat sana ye
boleh juga jadi follower sekali
kalau nak request dekat sini boleh juga
tapi aku akan post dekat sana ye

cacatan ---> makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang

naik melambong ®

bil telefon sebuah keluarga naik melambung.
suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang.

suami:ini dah melampau.gunakan telefon sesuka hati.
ayah tak gunakan telefon rumah.
ayah gunakan telefon tempat ayah kerja.

isteri:saya pun sama juga.
gunakan telefon tempat saya kerja

anak:oh sorry..saya gunakan sms saje.
untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

amah:jadi apa masalahnya?
semua orang gunakan telefon tempat bekerja.
sama juga dengan saya pak..

cacatan ---> ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Monday, September 07, 2009

bershuffle ®

rasanya tag ni dah pernah buat dah
tapi disebabkan 2 orang telah mengetag benda yang sama
so aku buat je la
lagipun best buat tag ni
senang je, tak payah nak pikir2..

DIRECTION...
  • Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
  • For each question, press the next button to get your answer.
  • YOU MUST WRITE THAT SONG NAME NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
  • Tag 10 friends.Everyone tagged has to do the same thing.Have fun.
1) someone says ‘Are you okay’ you say?
Tiada Tandingan - Sheila Majid feat Poetic Ammo

2) How would you describe yourself?
Akukan Terus Pergi - Liya

3) What do you like in a guy/girl?
Umbrella - Mandy Moore

4) How do you feel today?
Given Up - Linkin Park
5) What is your life’s purpose?

Do It To Me - Usher
6) What’s your motto?

Puteri - Zainal Abidin

7) What do your friends think about you?
Who's That Girl? - Eve (aku lelaki la wei!!)

8) What do your parents think about you?
Nuri - Ella

9) What do you think about very often?
Kerna Asmara - Fazley feat Shazzy

10) What is 2 + 2?
Beat It - Fall Out Boy feat John Mayer

11) What do you think of your best friend?
Joget Kasih Tak Sudah - Siti Nurhaliza

12) What is your life story?
Rindu - Saiful MI

13) What do you want to be when you grow up?
Tiada Lagi Cinta - Ruffedge

14) What do you think when you see the person you like?
All About Us - T.A.T.U

15) What will you dance to at your wedding?
Nobody's Home - Avril Lavigne

16) What will they play at your funeral?
Memori Tercipta - Shila

17) What is your hobby / interest?
Badarsila - Siti Nurhaliza

18) What is your biggest fear?
Jingle Bell - Bobby Helms

19) What is your biggest secret?
Rindu Antara Kita - Siti Nurhaliza

20) What do you want right now?
Dambaan Pilu - Khai

21) What do you think of your friends?
You Raise Me Up - Josh Groban

22) What will you post this as?
Jangan Pernah Selingkuh - Angkasa Band

Tag 10 people:
  1. Jet - Look What You've Done
  2. Too Phat - Alhamdulillah
  3. Jeslina Hashim - Ku Intai Cinta Dalam Rahsia
  4. Beyonce feat Slim Thug - Check On It
  5. Saving Abel - 18 Days
  6. Madonna - You Must Love Me
  7. Andra And The Backbone - Tak Ada Yang Bisa
  8. Kunci - Hidup Hanya Sekali
  9. Casts Of Camp Rock - We Rock
  10. James Morrison - You Make It Real
seronok bershuffle sampai tag orang pun guna shuffle
malas nak tag orang lain sebenarnya.wakaka

curriculum vitae ®

1, 2 hari ini menyiapkan curriculum vitae (CV)
lebih senang lagi dipanggil resume
bukan nak apply kerja
tapi baru nak apply tok Latihan Industri (LI)
member2 aku semua dah penat merasa LI
tapi aku baru je nak create CV
memang course aku 3rd year baru kena LI
sebab aku 4 tahun kat UKM ni..
masa buat CV ni kena lah letak dulu2 punya academic background
ko-kurikulum masa sekolah, matrix & kat U
teringat zaman2 active berpersatuan
masuk ni masuk itu
jadi ni jdi itu
dapat no ni dapat no tu
sekarang ni dah kurang berpersatuan
fokus pada study.wakaka.poyo nak mampos!!

gambar ni memang tak boleh blah!!
gambar passport nak masuk UKM
semua card pakai gambar ni
gambar card matrix, card motor, profile student webpage, card kolej
nak buat CV ni pun pakai gambar ni
senyum melebar aku tengok gambar ni =)

sejak 2 menjak ni plak
para facebookian sebuk membuat benda alah ni
top fan's list
sampai 'Home' & 'Highlight' penuh dengan menatang ni
semua orang gila meroyan
bila kita jadi fan orang tu
automatic nama kita ditag oleh FB
mulalah orang nak comment mengomen
secara tidak langsung inbox emel penuh dengan notifications application ni
so sape2 yang taknak penuh kotak inbox
pegilah setting tak payah send notifications kat emel dia
abes cerita & tak payah nak mengeluh mendelete emel
kalau tak nak juga remove je tag yang ada nama korang

pada hari ini peristiwa nuzul al-quran
selamat menyemarakkan hari yang penuh keberkatan ini
dengan melakukan ibadah2 sunat
sama-sama kita menghayati keindahan ayat-ayat suci al-quran
semoga kita semua diberkati & dilindungi oleh-Nya..

cacatan ---> jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri

Comments

comments powered by Disqus