Saturday, August 21, 2010

klik je dapat biskut free ®


Alhamdulillah.segala penyeksaan dan azab Latihan Industri (LI) telah selesai. merdeka.merdeka.merdeka.merdeka.merdeka.merdeka.merdeka. boleh dikira lama la juga LI aku ni.dari 05/04/10 sampai 20/08/2010. kalau ditambah ditolak didarab dibahagi dalam 5 bulan aka 20 minggu.

kalau nak cerita memang banyak pengalaman dekat sana. tapi tak larat nak cerita satu persatu. paham-paham je la kan kalau kerja dekat kilang biskut. lagi-lagi dekat bahagian Engineering/Maintenance. kalau pasal biskut kebanyakkan semua aku dah rasa.panas dari oven lagi. biskut yang diimport lagi lah sedap.kat malaysia takde jual punya. makan kat dalam boleh.tapi kalau bawa keluar anda akan dipecat. kecuali biskut yang dibeli secara murah atau yang diberikan percuma. technician dekat sini semuanya best-best.macam-macam ragam.
setiap hari datang kerja semangat datang dari dorang la. kalau dengan boss ok je.biasalah boss.busy setiap masa.projek banyak. dah nak abes baru lah boss luangkan masa sikit.beri nasihat. selama separuh perjalanan aku survive sorang-sorang.perghhh! separuh awal LI ok sebab ada budak Poly sama department. lepas bulan 6 je tinggal aku sorang-sorang.terkapai-kapai gak la awal-awal. lepas beberapa hari dah dapat sesuaikan diri dah. kadang-kadang tertekan gak sorang-sorang.nak bual hal remaja pun susah. dorang semua dah berbini dan beranak.nak cerita buang karen je.

improvement skill banyak bertambah.dari terkial-kial guna tools dah kira lulus la kalau nak dibandingkan hari 1st punch card. kalau welding tu pejam mata je.kalau pejam mata macam mana nak nampak. takde la expert tapi ok la bagi aku yang beberapa kali welding. Nepal pun siap puji lagi hasil kerja aku.ini barang cantik,cantik. grinding pun dah berani dah.dulu nak pegang pun takut. kalau dekat U tak dapat benda ni semua banyak kali. dalam banyak benda mesti ada yang kita teringat kan. benda yang paling aku ingat electrician kenakan aku. ada dia suruh pegang karen yang 240V.kalau dalam iklan terpacak dah rambut orang yang kat hujung boleh dengar aku jerit.siap ketawakan lagi. time tu memang aku beranikan diri sahut cabaran.nak tunjuk gagah.haha. memang kalau buat kerja bab elektrik la yang paling aku cuak.
ada satu hari disebabkan saiz aku kecik aku kena masuk dalam mesin. duduk dalam tu hampir setengah jam sebab nak betulkan mesin.berpeluh sakan. dekat badan pun ada kenangan ditinggalkan.ada parut terkena besi panas. tapi takdelah melecur giler.sekadar sentuh tangan kiri.dah ada parut bentuk V macam-macam dorang panggil kat sana.boss,engineer.aminkan je dalam hati. nerd pun ada gak sebab awal-awal aku ni senyap je.budak baik katekan. operator ada panggil aku keping sebab macam biskut dah badan aku ni. yang tak boleh blah kena gosip dengan operator.boleh tahan la orangnya. padahal baru tanya je sape budak tu.dah senyum senyum bila terserempak. paling aku tahan ada sorang dekat department engineering ni.designer. suka sangat berleter.tu yang tak suka dok kat opis.pokpek pokpek. padahal ulang benda yang sama je.tu yang tak tahan.aku iyakan aje la.

semuanya dah berakhir dan hanya tinggal kenangan je. tengok la kalau aku berminat nak apply kerja kat situ bila dah abes study t. besar kemungkinan tak kot.tapi kerja kat kilang makanan ni best. ada produk baru dapat rasa.bila perayaan dapat satu beg plastik. terima kasih lah kat semua orang kat sana.lagi-lagi Engineering members. walaupun banyak kena buli tapi itulah hakikatnya. berkatilah ilmu yang telah dicurahkan dan diberikan.segala tunjuk ajar. halalkan makan minum apa semua yang telah guna pakai. ada masa kita jumpa lagi ye.sorry la tak dapat belanja.duit elaun tinggal sikit. bulan ni punya pun kena tunggu bulan depan baru dapat.sayonara.

double colon :: excited nak balik UKM semula.tapi sedih nak tinggalkan Johor.

Saturday, August 14, 2010

hijau memenangkan jiwa ®

background sudah tukar.hijau lagi.
yang dulu punya dah tak valid lagi.dah expired.
bukan setakat makanan je ada due date.background pun ada gak.
hijau 2nd favorite color selepas biru.
kalau nak background yang lawa-lawa cantek-cantek
boleh view dekat hot bliggity blog.klik dekat penjuru atas belah kiri blog gue.
nak 2 columns ada.3 columns pun ada gak.
kat situ simple je tapi menarik.macam-macam pilihan.
nak install background pun mudah je.
1st dah pilih background yang kita nak click saje Generate Code.
lepas tu tekan Ctrl C untuk copy.
tekan Design dan pilih Page Elements untuk edit layout.
pilih Add a Gadget dan cari HTML/JavaScript.click button +.
tekan Ctrl V untuk paste pada ruangan content.
pada bahagian title jangan tulis apa-apa.biarkan kosong je.
dah siap tekan save.arrange gadget dekat mana-mana je.
klu aku letak dekat side bawah sekali.biar orang tak perasan.
dah siap.senang mudah dan cepat.macam Adabi.
try sampai betul-betul puas hati.simple je kan.

double colon :: selamat berpuasa.jangan puasa yang yang yok.pagi-pagi bukak periuk.
tengok-tengok takde lauk.hahahaha.

Wednesday, August 04, 2010

local artis la babe. ®

suka giler dengan lagu ni.


Chorus (Colby)

Baby I never seen someone wit your body
You make me wanna get this party started
Hey baby come and tell me what’s the score
Baby baby tell me
What chu what chu waiting for

Chorus (Mizz Nina)
Baby I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come and get me it’s all yours
Baby baby tell me
What chu what chu waiting for

(Colby)
It’s your birthday so tell me what you wanna do
(Mizz Nina)
It’s my birthday I really wanna get with you
(Colby)
Drop the beat now and baby we can get it started
(Mizz Nina)
We’ll go insane and take it to the after party

(Colby)
So what’s your name
Hey baby what’s your name oh yeah
(Mizz Nina)
Sexy’s my name
Yeah sexy is my name
(Colby)
Ok and what’s your game
Hey baby what’s your game
(Mizz Nina)
Ok I like to play
I I like to play ay

Ulang Chorus (Colby)
Ulang Chorus (Mizz Nina)

Verse
(Colby)
Hey sexy girl from Kuala la la Lumpur
(Mizz Nina)
Hey baby that’s me
I’ll be on the dancefloor
(Colby)
I got chu a surprise
We’re poppin up in VIP
(Mizz Nina)
And if I ask nice can I take you home with me

Ulang Verse 2X
Ulang Chorus (Colby)
Ulang Chorus (Mizz Nina)

(Colby)
Baby let’s get crazy
Come on loose control ol ol
(Mizz Nina)
We’re gonna tear up the after party
I know you want some more oh oh oh
(Colby)
I wanna see ya work that body
Drop it down real low low low
(Mizz Nina)
Hey baby come and get me
Tell me what chu what chu
What chu waiting for

Ulang Chorus (Colby)
Ulang Chorus (Mizz Nina)



Comments

comments powered by Disqus