Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts

Wednesday, February 24, 2010

konsert satu suara - the back stage ®

konsert satu suara - the beginning
konsert satu suara - the journey
konsert satu suara - the show

mesti ramai dah menyampah kan aku citer pasal KSS je.
bukan apa.sebab aku rasa best sangat.tak dapat nak luahkan dengan kata-kata.
tak seronok plak tak luahkan semua.nak share-share pengalaman.jakon.
dari sini la aku nak luahkan segala-galanya.banyak cerita time KSS ni.
time ni plak selepas berakhirnya konsert di dalam IB.sekarang ni di luar IB.
perkarangan/ruang legar menjadi sesak.penuh dengan lautan manusia.
barisan sangat panjang.ramai giler yang beratur.aku terpinga-pinga.
nak beratur ikut line yang mane satu.bersimpang siur.simpang 10.
kang tersalah queue ada gak heels yang terpacak kat kepala.
lepak-lepak dulu.tunggu dah kurang baru la beratur.tak larat nak beratur.
sebelum tu pergi singgah kat booth-booth.nak tengok merchandise yang ada
singgah booth Sitizoners beli buku cenderamata.bole suruh dorang sain.
singgah booth Rockenstainers beli poster untuk AhhComey..
singgah booth Aizoners member aku beli T Susun Silang Kata.
singgah balik booth Sitizoners beli t-shirt KSS.rm25..
kalau beli apa-apa barang boleh beratur mintak sain & bergambor.
beli pun sebagai kenangan.aku pegi mane-mane kena beli cenderamata.
sambil tunggu borak-borak ngan Illi Hanani & the gang.
ada member dia cakap muka aku macam Black Mentor.tapi tak tahu yang mane.
singgah balik booth Rockenstainers.AhhComey nak tangkap gambar ngan Anas.
dia pun glamer jugak apa.kat youtube memang famous.
memang gila dia tu.semua orang gambar ngan dia muka semua pelik-pelik.
lidah dia sangat panjang.geli plak tengok.ada la dalam 10cm..haha
bila naik atas balik barisan semakin pendek.tak sabar nak face to face.
sebelum tu nampak dorang dekat-dekat.CT memang cantik.
dapat snap sikit je.ramai yang tolak menolak.makcik-makcik la yang lebih.
tak sampai 5 minit kat situ suasana makin kecoh.macam kat pasar malam.
ramai terjerit-jerit.dorang dah nak blah dah.bapak ar.awal lagi.
penat je menunggu giliran.sayang seribu kali sayang.hampa hatiku.keciwa.
mungkin bukan kali ni.ingat tunggu semua orang abes.dia ada time limit.
patut la lepas abes nyanyi lagu penutup ramai yang keluar awal.
rupa-rupanya tu satu strategi nak mintak autograf.nak beratur dulu.
cis.mane la aku tau.takde pengalaman.pakcik-pakcik tak bagitau.
ramai yang serbu CT
CT tunggu aku!!
Illi & the gang
anas yang sengal
belakang kaca pun jadilah.FT
aizat perasan kitorang time ni.dia lambai-lambai
aizat sporting
aizat pun peace
best ke ok la tu???????
barulah ok la tu...

sangat frust tak dapat sain terus terlintas idea tunggu kat kete dorang
lalu kat jalan tepi tu tetiba nampak dorang kat dalam dewan.ada jamuan.
nak Aizat ngan FT tengah diinterview.lambai-lambai Aizat.
ingatkan diorang tak nampak.Aizat pun lambai balik.gembira sangat-sangat.
terus tangkap gambar.gila perasan.padahal dorang kat dalam.
asalkan dapat gambar bersama.jauh pun jauh la.asalkan dapat lepaskan geram.
FT tak toleh pun.nampak serius masa tengah interview.tahan sakit kot.
penat jerit.tak toleh pun.dah buat dah macam-macam aksi untuk tarik perhatian.
aku ngan AhhComey je amek gambar ngan dorang.2 orang lagi tak.
Epin awal-awal dah balik Shah Alam dah.sorang-sorang.
bila lalu lagi nampak Datuk K.dorang cakap hensem.smart.macho.
aku tak perasan.mencari jugak mane CT.tapi tak nampak.
terus je jalan.sampai kat hujung ternampak kelibat seseorang.
nampak Saida dengan SNP punya kakitangan.kecil molek je Saida.
AhhComey pun tanpa segan silu mintak nak bergambar.
dalam hati dia akak CT akak CT la.janji sebenih bak kata Anas Tahir.
tapi Saida tu artis la jugak kan.tak dpat CT akak dia pun jadi la.
tak rugi mane pun.siap buat tagline lagi.Ok la tu.Saida malu-malu orangnya.
selamat Saerah takde.kalau tak dengan dia sekali kitorang bergambor.

double colon :: aku tetap tak puas hati tak dapat bergambor dengan dorang!!!

Tuesday, February 23, 2010

konsert satu suara - the show ®


jam menunjukkan pukul 8.30 malam.tak sabar dah ni.menunggu detik & ketikanya bila akan start.masuk-masuk je kagum tgk visual 3D kat pentas.kagum jugak dekat seat yang kitorang duduk.jauh nak mampos ngan stage.tak nampak pun skrin besar dekat depan.jeles ngan Illi dapat dok seat depan.ghairah ni.cepat la start.lame gak menunggu.yeah..MC dah bersuara.MC pun poyo gak.dia pun nak glamor jugak.takpe bagi je la peluang.Aizat & FT memulakan persembahan.get ready!!lagu Saya Anak Malaysia jadi pembukaan.tapi lirik diubah sikit.masa ni semua dah jerit-jerit dah.Aizat amek turn...

persembahan Aizat
lagu-lagu yang dinyanyikan.Kau Aku-Pergi-Susun Silang Kata-Lagu Kita-I Go.ada lagu untuk individu yang menjadi ikon Aizat & yang mempengaruhi muziknya.kumpulan Beatles (I Wanna Hold Your Hand-Yesterday-I Am Walrus).Raihan (Thank You Allah).Allahyarham Sudirman (Mat Disko).lagu yang paling sedap dinyanyikan Thank You Allah.fuhhh...kombinasi dengan 4 back up singer memang mendayu.before Lagu Kita ada slide show.ingatkan cerita pasal Aizat ngan LJ.tapi couple lain.dorang cerita pasal lagu ni.sungguh romantik.boleh tahan la Aizoners yang datang.ada sekali Aizat suruh hidupkan lighter or hp.tapi semua takut-takut nak kuarkan.nanti tak pasal-pasal kena suluh ngan laser dari jauh.kebanyakkan lagu nyanyi smabil main gitar.time menari Mat Disko sangat fun.nampak comel.dengan suar skinny joget agogo.lagu Hanya Kau Mampu menutup persembahan Aizat sambil bermain piano.memang talented.

visual 3D.
Rockensteiners!!!mahal tu buku ni RM15.00bateri dah kong.buat berat je bawa..
epul panggil.dia nak jumpa f2f.
CT lambai kat aku..
CT cakap salah bagi hormat.silap orang.patutnya kat aku..

pandangan dari planet pluto

persembahan FT
momentum semakin memuncak adrenalin semakin membuak.bila Aizat sebut dipersilakan Faizat Tahir,semua orang dah macam kena santau.histeria.audience kena sound.dia beri salam audince termasuk aku jawab salam dengan menjerit.bengang seketika.tau la dulu penyanyi nasyid.opening lagu Sampai Syurga.part paling best lagu Batu & Golek.memang rock & roll abes la.semua berdiri time ni.pakcik yang hujung bukan maen lagi.kuat la pulok.member aku Huda bole plak kuar pegi toilet.rugi giler.satu lagu plak tu.kuar tiime lagu start.masuk bila lagu dah abes.memang sangat rugi.kalau aku sanggup tahan kencing.tak nak termiss satu part pun.lagipun toilet pun jauh.lain-lain lagu semua lagu popular dia.Mahakarya Cinta-Q-ba-Selamat Malam-Bencinta-lagu baru Adrenalin.tenaga FT memang powerful.even dia sakit tapi nampak macam kebiasannya.tapi dia ngaku gak la dia sakit-sakit jugak time nyanyi.tapi demi peminat dia sanggup lawan sakitnya.begitu tinggi pengorbanan FT.nyanyian memang tak nampak sakit.ada lagi lagu medley kumpulan Queen (Bohemian Rhapsody-Who Wants To Live Forever-We Are The Champions).suara FT memang menakjubkan.memang rock star!!lagu paling mesra rakyat (gemuruh).semua audiens nyanyi smae-same ramai-ramai.aku suka jaket yang dia pakai.mengancam.awek-awek tak lepaskan peluang jerit nama FT.ada wartawan review FT mencacatkan majlis dengan celoteh panjang.bagi aku takde apa pun.ok je.dia nak tenangkan diri.penat kot nyanyi.lagipun kan dia sakit.bagilah dia berbual-bual ngan audiens.bukan selalu.lagu semua pitching tinggi-tinggi.bagi tarik nafas.lagi satu dorang komen pasal percakapan FT yang lebih kepada bahasa omputih.bagi aku tak salah pun.FT kat FBnya pun perli jugak la.dia update status dalam english.lepas tu dia cakap eh sorry, tercakap inggeris plak.takpe ramai yang support FT.tapi ada jugak kat FB page "We Hate Faizal Tahir".macam-macam.abes nyanyi ramai beri standing ovation.

persembahan Datuk Siti Nurhaliza
kemunculan yang aku paling nanti-natikan.nak tengok CT live.sampai jugak hajat aku.sangat cantik even nampak dari jauh.bila dia buka mulut je bersuara aku dah cair dah.lemak merdu bak buluh perindu.cair dibuatnya.beberapa lagu je CT nyanyi.sebab bukan dia main performance.dia hanyalah penerbit.mane boleh CT tak muncul.wajib!.malam tu walau semua lagi rock tapi CT tetap ayu.start lagu Sejati (Wings).ya allah hai.suara CT!!!1st time dengar live.memang meremang semua bulu-bulu.next trio bersama Aizat & FT.lagu Sekuntum Mawar Merah (Alleycats)-Ibu Kota Cinta (Def-Gab-C)-Relaku Pujuk (Spider)-Kau Kekasihku (CT). lagu Relaku Pujuk dibuat versi reggae.lain dari yang lain.sangat best.Kau Kekasihku pun lain gak.rock version.lagu solo.Biarlah Rahsia version rock.pelik tapi sedap.terasa sekejap je CT nyanyi.tak puas dengar.nak lagi & lagi.baru aku rasa apa yang orang lain rasa macam mana kehebatan suara CT tu.dengar kat radio tv biasa.bila live.bapak r.kalau ada DVD rasa macam nak beli.tak puas tengok hampir 3 jam.ada lagi persembahan duo dari Aizat & FT.lagu yang dinyanyikan Percayalah (CT)-Ratuku (Awie) - I Don't Wanna Miss A Thing (Aerosmith) - Always (Bon Jovi).lagu closing Saya Anak Malaysia.conclusion.sangat-sangat-sangat-sangat-sangat berpuas hati..sound system memang terbaik.kata IB.

double colon :: berjam-jam aku nak update entry ni.letih.fakta dari kosmo & utusan.AhhComey menjadi perunding.

Monday, February 22, 2010

konsert satu suara - the journey ®

Konsert Satu Suara - the beginning

time ni baru berkesempatan nak update pasal Konsert Satu Suara (KSS)
walaupun dah seminggu berlalu tapi bahangnya masih terasa
kawan-kawan aku masih angau lagi.aku pun masih dibuai suara CT lagi.
aku pergi 5 orang.name dorang aku perlu mention.
kalau tak sebut nanti dorang marah.tapi aku tak dibayar pape pun.
naik 2 kete.kete berasingan.sebab Epin nak balik Shah Alam terus.
aku naik ngan Epin.sebab 3 lagi member aku tak kenal Epin.
semua memang 1st timer.jalan ke Istana Budaya (IB) semua tak tahu.
memang senang jalan ke sana.straight je.sampai bulatan Pahang u-turn.
dari jauh pun dah nampak gahnya IB tu.sampai je depan IB dah kagum dah.
member aku yang perempuan sampai dulu kat IB.
aku kena amek member lagi sorang kat Bukit Jalil.
dorang sampai dulu dorang yang kena collect tiket-tiket.
memang senang kat sana.nak makan,makan je kat sana.
ada gerai makan-makan.kalau tak silap tempatnya Laman Sari.belah kanan IB.
time tu ada orang rehearsal tergedik-gedik menari.awek-awek memang cun.
budak pompuan parking dekat-dekat ngan kete CT.nak usha-usha Datuk K.
time makan rupa-rupanya FT ada kat booth dia.cis!!


AhhComey-Nik Amerudden-Haniff Zaid(Epin)-Sharifah Nurulhuda
kamera baru!!
tak sabor dah ni
thumbs up!!
5 tiket.
kenyang!!
muncung lagi..
menunggu member @ Bukit Jalil
driver yang heartless member aku cakap

dah nama 1st timer kan.mesti tak tahu kat mane tempat ni tempat tu.
selamat Illi Hanani pernah pegi sana.tanya dia je la.dah macam kaunter pertanyaan.jumpa dia sekali.akhirnya bertemu juga minah ni.
Solat maghrib dulu pape hal.yang tak boleh blah pak guard kat situ.
boleh plak permainkan aku.lepas tu gelak senyap-senyap.
macam la aku tak nampak.takpe hari tu hari kau.
masa ni dah pegi dah surau.tapi tak tahan nak kencing pegi la cari toilet.
tanya la pak guard.cari suarau pun tanya guard yang sama.
dia tunjukkanlah arah ke tandas.surau kanan.tandas belah kiri.bertentangan.
jauh la jugak.kalau tak tahan nak terberak boleh tercirit kat tengah-tengah jalan.
bila aku patah balik ke surau time ni la pak guard senyum-senyum.
aku buat la macam biasa.bila dah sampai surau dah masuk dalam.
baru aku tahu kenapa pak guard tu senyum.tandas ada kat sebelah surau.
dekat letak kasut ada satu pintu lagi satu.dah perasan dah ada pintu.
tapi tak tahu la yang tu tandas.dah kena gelak free ngan pak guard.

couble colon :: ada 2 part lagi...to be continued.sabar ye.

Saturday, February 06, 2010

konsert satu suara - the beginning ®

tak sabar ni menanti 13 Februari 2010
14 Februari tak akan lupakan jugak.sebab nak balik rumah.
tau kan pasal 12-14 Februari ni ada apa.
Konsert Satu Suara Faizal Tahir & Aizat.anjuran Siti Nurhaliza Production (SNP).
awal giler aku beli.aku pegi bersama member Pesta Konvo UKM.
kitorang satu sekretariat.dalam 4 orang.beli awal pun tak puas hati gak.
memang idaman kitorang nak testing pegi Istana Budaya (IB).
nak merasa suasana kat sana.teruja tengok dari jauh bangunan IB yang canggih.
dari semester lepas nak planning.nak pegi tempat yang tak pernah pegi lagi.
dan-dan plak ada konsert FT,Aizat & Siti Nurhaliza.memang tak lepaskan peluang.
selamat beli awal-awal.sebab time tu duit ada lagi.
nak pilih seat yang kat depan.beli awal pun tak dapat gak.
yang paling murah rm80.nak beli yang rm300 tunggu aku jadi CEO la.
seat rm80 yang kat depan limited.yang banyak sikit rm120.
rm120 pun tak berapa nak mampu beli.tengok la dalam bulatan merah.
tulah seatnya.atas sekali.tengah-tengah.tak tahu view real dia macam mane.
macam jauh je dari stage.takpe janji dapat tengok live.screen besar ada.
takpun bawa teleskop.boleh skodeng close up sampai nampak jeragat.

tengok plak sekarang ni.seat rm80 & rm120 dah sold out.
yang kaler merah semua dah sold out.
yang oren yang dah reserved tapi belum bayar lagi.
kitorang pegi hari sabtu malam.esoknya pun lebih kurang gak.
tiket murah semua dah sold out.kalau beli online mahal la jugak.
service charges hampir 10%.kalau beli rm80.full payment rm87 lebih.
dorang pun tak berapa kisah sangat.kalau nak beli kat kaunter leceh.
malas nak gerak.lebih kurang jugak kan.duit minyak tol lagi kan.
yang penting aku tak sabar-sabar ni.ingatkan Siti Nurhaliza tak nyanyi.
Siti pun ada nyanyi gak.lagilah berbaloi-baloi aku rasa.
harap-harap FT sihat walafiat.nak tengok showmanship dia.
adakah dia nyanyi bertongkat?? ke duduk atas kerusi je.
apalah lagu Siti yang Aizat & FT akan nyanyi..

inilah 1st time aku nak pegi event yang agak berskala besar & gah.
dekat IB plak tu.dengar kata kalau masuk IB kena berpakaian ikut peraturan
tak boleh pakai jeans & selipar.selipar memang lah nampak tak sesuai.
risau bila dah sampai tak boleh masuk plak.sape ada pengalaman share-share
takkan nak pegi maen redah je kan.at least ada jugak la buat preparation.
tak lah kelam kabut dibuatnya.yang penting kamera kena ada.
die hard fan FT Aizat & Siti mesti dah beli tiket ni kan.
sape yang pegi???jumpa di sana ye.
harap-harap takde halangan yang menjadi penghalang.

double colon :: tengah layan lagu Aizat, FT & Siti

Monday, January 11, 2010

siti nurhaliza menang AJL24 ®

persoalan semalam dah terjawab.tekaan aku hampir-hampir mengena.
facebook semua penuh pasal AJL.semua nak update status.
paling tepat Black menang Vokal Terbaik.
Faizal Tahir (FT) ada menang tapi silap tempat.
mencabar jugak la nak tengok secara live guna internet ni.
awal-awal je tak dapat tengok opening.
time Tomok & Hujan nyanyi pun sangkut-sangkut.
yang lain dapat tengok dengan clear.
overall semua memang terbaik.
sangat-sangat sengit untuk Persembahan Terbaik.
lagu Pergi menang mesti semangat 1Malaysia ni.
lagipun lagu ni melodi sungguh meruntun jiwa.sebak.
tapi Aizat nyanyi walau duduk je tetap berpeluh. =)
paling rock.Search.still macam dulu.nak pinjam wig.
MUH paling mengecewakan.kenapa ada si 'H' (Hazama)
makin mencacatkan performance.Black saje dah power.
yang lain plak.Yuna lain dari yang lain.nampak makin cun.
Stacy nampak biasa.meluat tengok Akim dengan gaya rambut dia.
Misha Omar takde aksi tendang menendang.tangan tarik gear tolak gear.
Tomok buat muktimedia yang gempak.kejutan.
perempuan tu pegang dia tapi takde sebelah dia.nampak real.
FT walau sakit tapi tetap hero.Hujan bawa Raingers.
Bunkface bawa Juliana Evans.
bila dah abes live.aku cepat-cepat buka you tube.
memang pantas uploader-uploader ni.
aku nak tengok opening.sebab ramai kata best sangat-sangat.
nasib baek laju je download guna Real Player.
sangat puas hati tengok opening.Lagu Untukmu dalam 3 versi.
aku dengar banyak kali.ni tengah dengar lagi.
cuma time versi irama malaysia nampak pelik sikit tapi creative.
part tarik tu yang mengancam.meremang semua bulu-bulu..
aku bukan bias.tapi itulah kehebatan Siti Nurhaliza.
aku pun dah convert ke mp3.dengar la puas-puas.

Siti Nurhaliza & Lan - Lagu Untukmu (AJL 24)

sebelum chow >> Pete Teo tu yang berlakon dalam Papadom.Uncle Alan.member Saadom.

Sunday, January 10, 2010

nenek kebaya jadi tumpuan ®

semalam aku tidor 10 jam lagi.haha..
penat babe keje.mana ada keje tak penat.
goyang kaki pun penat.baru 2,3 minit dah lenguh
wedding semalam punya cerita
tuan rumah buat majlis untuk untuk 2 pengantin serentak
1 kawen dengan orang Melaka 1 lagi kawen ngan orang Penang
yang menjadi tumpuan semalam tetamu yang datang
pasangan pelakon yang popular.Diana Rafar & Zamarul Hisham.
semua nak bergambar dengan dorang.
aku mula-mula tak perasan.malas nak jenguk-jenguk.cari-cari.
rugi plak tak tengok depan-depan mata
lain la dalam tv.linda rafar cun!zamarul hisyam macho!
tengok dari jauh je la.nak bergambar langgar etika keje plak.
dengan pakai vest, bow tie macam lawak la plak.
bila time Harun Din datang takde plak yang nak bergambar ngan dia.
oh!malam ni.Anugerah Juara Lagu ke-24.
semua ternanti-nanti malam ni kan.
aku tak tahu lagi dapat tengok ke tak.
tv kat blok kolej takde.paling advance tengok kat tv3.com.my je la.
semua dah ada calon untuk memang.prediction masing-masing.
aku pun ada gak.aku dah baca jampi serampah dah.
tak caya tengok la malam kang.betul tak sape yang menang.
keputusan dah ada pada aku.aku jugak salah satu juri malam tu.
korang pun boleh jugak jadi juri.tapi juri yang tak diiktiraf.macam aku.haha.
Juara Lagu : Misha Omar (Cinta Adam & Hawa)
Tempat Ke-2 : Bencinta (Faizal Tahir)
Tempat Ke-3 : Situasi (Bunkface)
Vokal Terbaik : Black (Aku Rindu Sayang Kamu)
Persembahan Terbaik : Pakai Buang (Stacy)
yang aku tak sabar nak tengok openingnya.
Siti Nurhaliza nyanyi lagu Meet Uncle Hussein.
Lagu Untukmu dengan pelbagai version.

sebelum chow >> teringin sangat-sangat nak join gathering bersama blogger-blogger.

Thursday, August 27, 2009

SITI ®

wow!!
hebat!!
teruja!!
siti nurhaliza ada channel tv sendiri "SITI"
dekat ASTRO channel 188
mantap giler
xpernah ada orang ada channel sendiri
sempena hari merdeka saja channel ni
tapi satu permulaan yang baik..
yang xtahan tu konsert SATU yang lepas ditayangkan
dah la aku xpegi.pas 2 xdapat tengok plak 2
dvd dia xtau kuar bila.
dah lah limited.nak tengok kat mane.
minggu lepas dah balek.
selain tue ditayangkan konsert2 dia yang dulu2 & video clip
aku plak yang bangga.

Friday, May 01, 2009

live @ jom heboh lumut 09

Tuesday, April 14, 2009

Friday, February 20, 2009

hadiah daripada hati ~ full album

Thursday, February 05, 2009

transkripsi full album

1.Siti Situ Sana Sini
2.Biarlah Rahsia
3.Destinasi Cinta
4.Cuba Untuk Mengerti
5.Hidup Penuh Bicara
6.Bila Harus Memilih
7.Pastikan
8.Hati Berbisik
9.Rupanya Kita Serupa
10.Tanpa Dendam Di Hati
11.Intrig Cinta
12.Impiankan Nyata
13.Bisakah

dato siti nurhaliza

Tuesday, January 06, 2009

ost siti nurhaliza


Thursday, January 01, 2009

Siti Nurhaliza : Lentera Timur (Full Album 2008)

Di Kayangan Kita
Bintang Malam
Cinta Ini
Ada Masa Mata
Bulan Yang Mesra
Seloka Budi
Rasa Antara Kita
Senyum Minang Manis
Joget Menanti Kasih
Di Taman Teman
Jelmakanlah Ayumu

Dapatkan di pasaran sekarang dan belilah yang original.
Sokonglah industri muzik dengan membeli album artis tempatan.

Comments

comments powered by Disqus