Friday, October 10, 2008

Ops Sikap XVII capai matlamat


Ops Sikap XVII sempena Aidilfitri yang berakhir kelmarin berjaya menurunkan 8.4 peratus kemalangan maut dan 7.6 peratus jumlah kematian, melebihi sasaran pengurangan lima peratus sepanjang 15 hari pelaksanaan operasi berkenaan bermula 24 September lalu.

Walaupun kemalangan keseluruhan meningkat 85 kes kepada 15,996 berbanding 15,911 pada Ops Sikap XIII (Aidilfitri 2007), pengurangan jumlah kematian dan kes kemalangan maut, masing-masing sebanyak 17 kes disifatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) satu pencapaian baik memandangkan pertambahan lebih sejuta kenderaan berdaftar tahun ini berbanding Aidilfitri tahun lalu.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Abdul Aziz Yusof, berkata Ops Sikap XVII yang menggunakan konsep baru dinamakan ‘Penguatkuasaan Kreatif’, termasuk menekankan aspek memberi nasihat, merekodkan 208 kematian berbanding 225 kematian dan 186 kemalangan maut berbanding 203 pada Ops Sikap XIII.

“Pengurangan kes ini turut disumbangkan beberapa faktor lain, termasuk sikap pengguna yang lebih bertanggungjawab,” katanya ketika mengumumkan analisis Ops Sikap XVII di Bukit Aman, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

Comments

comments powered by Disqus