Saturday, January 10, 2009

PPIM ajak umat Islam boikot produk Amerika


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengajak umat Islam negara ini memboikot produk-produk dari Amerika Syarikat sebagai bantahan kepada sokongan Washington terhadap kekejaman Israel di Lebanon dan Palestin.

PPIM berkata, umat Islam Malaysia perlu berhenti membeli dan menggunakan tiga produk yang pengeluarnya disahkan menyokong Israel iaitu Starbucks, Coca Cola dan Colgate-Palmolive.

Ketiga-tiga produk berprofil tinggi digunakan dengan meluas di negara ini dan di negara Islam lain..

Dua minggu lalu, Pergerakan Aman Malaysia yang diketuai oleh Datuk Mukhriz Mahathir melancarkan kempen yang sama bagi membantah tindakan syarikat pengeluar produk berkenaan menyumbang dana kepada Israel.

Boikot itu bertujuan memprotes sokongan Amerikia Syarikat kepada tindakan ketenteraan rejim Zionis Yahudi terhadap rakyat Palestin dan kumpulan pejuang Hezbollah di selatan Lebanon.

" Membeli dan terus berdagang dengan produk-produk Amerika bererti kita secara aktif menyokong kekejaman Israel di Palestin dan Lebanon," kata Azmin Ibrahim, salah seorang ahli jawatankuasa penganjur program berkenaan kepada agensi berita AFP.

"Israel dan Amerika secara berterusan memerangi rakyat Palestine dan Lebanon serta menjejaskan preoses damain di rantau berkenaan," tambahnya.

Beliau berkata lagi, PPIM akan mengedarkan risalah di dua buah masjid utama di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat hari ini untuk memaklumkan kepada pengguna kempen boikot tersebut.

Kerajaan Malaysia turut berpendirian kritikal terhadap kebiadapan Israel di Palestin dan Lebanon itu tetapi tidak menyetujui tindakan memboikot barangan Amerika Syarikat itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, boikot tersebut boleh mendatangkan kesan sebaliknya kepada Malaysia kerana Amerika Syarikat adalah rakan perdagangan terbesar negara dengan nilai urusniaga kira-kira AS$44 billion setahun.
Sumber : Malaysia Kini

4 comments:

Comments

comments powered by Disqus