Tuesday, November 04, 2008

hot mama

Pelakon terkenal Hollywood, Halle Berry dan Angelina Jolie dipilih sebagai ibu paling hebat dan paling menarik perhatian dalam senarai bintang filem jelita yang dipilih stesen televisyen di laman webnya, Fox News.com.

Kedua-dua aktres itu melahirkan anak awal tahun ini. Jolie melahirkan anak kembar dengan pasangannya Brad Pitt pada Ogos, manakala Berry melahirkan anak sulungnya, Mac lalu.

Jolie menduduki tangga ke-11 berikutan 'keupayaannya mengimbangi kehidupan sebagai seorang aktivis, pelakon filem dan ibu, manakala Berry berada di tempat kedua kerana 'semakin hebat seiring dengan umurnya'.

Jelitawan lain yang turut disenaraikan termasuk penyanyi lagu 'country', Faith Hill yang mendapat tempat ketiga, manakala Jessica Alba yang baru bergelar ibu, menduduki tangga ke empat. Pengacara televisyen Amerika, Kelly Ripa yang mempunyai tiga orang anak dengan suaminya Mark Consuelos dipilih menduduki tempat teratas senarai.

Demi Moore yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinannya dengan Bruce Willis adalah ibu paling tua yang namanya turut disenaraikan. Fox menyatakan, pelakon berusia 45 tahun itu berjaya 'mengembalikan semula kehebatan pada usia 40-an'.

sumber:berita harian

No comments:

Post a Comment

Comments

comments powered by Disqus