Saturday, August 21, 2010

klik je dapat biskut free ®


Alhamdulillah.segala penyeksaan dan azab Latihan Industri (LI) telah selesai. merdeka.merdeka.merdeka.merdeka.merdeka.merdeka.merdeka. boleh dikira lama la juga LI aku ni.dari 05/04/10 sampai 20/08/2010. kalau ditambah ditolak didarab dibahagi dalam 5 bulan aka 20 minggu.

kalau nak cerita memang banyak pengalaman dekat sana. tapi tak larat nak cerita satu persatu. paham-paham je la kan kalau kerja dekat kilang biskut. lagi-lagi dekat bahagian Engineering/Maintenance. kalau pasal biskut kebanyakkan semua aku dah rasa.panas dari oven lagi. biskut yang diimport lagi lah sedap.kat malaysia takde jual punya. makan kat dalam boleh.tapi kalau bawa keluar anda akan dipecat. kecuali biskut yang dibeli secara murah atau yang diberikan percuma. technician dekat sini semuanya best-best.macam-macam ragam.
setiap hari datang kerja semangat datang dari dorang la. kalau dengan boss ok je.biasalah boss.busy setiap masa.projek banyak. dah nak abes baru lah boss luangkan masa sikit.beri nasihat. selama separuh perjalanan aku survive sorang-sorang.perghhh! separuh awal LI ok sebab ada budak Poly sama department. lepas bulan 6 je tinggal aku sorang-sorang.terkapai-kapai gak la awal-awal. lepas beberapa hari dah dapat sesuaikan diri dah. kadang-kadang tertekan gak sorang-sorang.nak bual hal remaja pun susah. dorang semua dah berbini dan beranak.nak cerita buang karen je.

improvement skill banyak bertambah.dari terkial-kial guna tools dah kira lulus la kalau nak dibandingkan hari 1st punch card. kalau welding tu pejam mata je.kalau pejam mata macam mana nak nampak. takde la expert tapi ok la bagi aku yang beberapa kali welding. Nepal pun siap puji lagi hasil kerja aku.ini barang cantik,cantik. grinding pun dah berani dah.dulu nak pegang pun takut. kalau dekat U tak dapat benda ni semua banyak kali. dalam banyak benda mesti ada yang kita teringat kan. benda yang paling aku ingat electrician kenakan aku. ada dia suruh pegang karen yang 240V.kalau dalam iklan terpacak dah rambut orang yang kat hujung boleh dengar aku jerit.siap ketawakan lagi. time tu memang aku beranikan diri sahut cabaran.nak tunjuk gagah.haha. memang kalau buat kerja bab elektrik la yang paling aku cuak.
ada satu hari disebabkan saiz aku kecik aku kena masuk dalam mesin. duduk dalam tu hampir setengah jam sebab nak betulkan mesin.berpeluh sakan. dekat badan pun ada kenangan ditinggalkan.ada parut terkena besi panas. tapi takdelah melecur giler.sekadar sentuh tangan kiri.dah ada parut bentuk V macam-macam dorang panggil kat sana.boss,engineer.aminkan je dalam hati. nerd pun ada gak sebab awal-awal aku ni senyap je.budak baik katekan. operator ada panggil aku keping sebab macam biskut dah badan aku ni. yang tak boleh blah kena gosip dengan operator.boleh tahan la orangnya. padahal baru tanya je sape budak tu.dah senyum senyum bila terserempak. paling aku tahan ada sorang dekat department engineering ni.designer. suka sangat berleter.tu yang tak suka dok kat opis.pokpek pokpek. padahal ulang benda yang sama je.tu yang tak tahan.aku iyakan aje la.

semuanya dah berakhir dan hanya tinggal kenangan je. tengok la kalau aku berminat nak apply kerja kat situ bila dah abes study t. besar kemungkinan tak kot.tapi kerja kat kilang makanan ni best. ada produk baru dapat rasa.bila perayaan dapat satu beg plastik. terima kasih lah kat semua orang kat sana.lagi-lagi Engineering members. walaupun banyak kena buli tapi itulah hakikatnya. berkatilah ilmu yang telah dicurahkan dan diberikan.segala tunjuk ajar. halalkan makan minum apa semua yang telah guna pakai. ada masa kita jumpa lagi ye.sorry la tak dapat belanja.duit elaun tinggal sikit. bulan ni punya pun kena tunggu bulan depan baru dapat.sayonara.

double colon :: excited nak balik UKM semula.tapi sedih nak tinggalkan Johor.

Saturday, August 14, 2010

hijau memenangkan jiwa ®

background sudah tukar.hijau lagi.
yang dulu punya dah tak valid lagi.dah expired.
bukan setakat makanan je ada due date.background pun ada gak.
hijau 2nd favorite color selepas biru.
kalau nak background yang lawa-lawa cantek-cantek
boleh view dekat hot bliggity blog.klik dekat penjuru atas belah kiri blog gue.
nak 2 columns ada.3 columns pun ada gak.
kat situ simple je tapi menarik.macam-macam pilihan.
nak install background pun mudah je.
1st dah pilih background yang kita nak click saje Generate Code.
lepas tu tekan Ctrl C untuk copy.
tekan Design dan pilih Page Elements untuk edit layout.
pilih Add a Gadget dan cari HTML/JavaScript.click button +.
tekan Ctrl V untuk paste pada ruangan content.
pada bahagian title jangan tulis apa-apa.biarkan kosong je.
dah siap tekan save.arrange gadget dekat mana-mana je.
klu aku letak dekat side bawah sekali.biar orang tak perasan.
dah siap.senang mudah dan cepat.macam Adabi.
try sampai betul-betul puas hati.simple je kan.

double colon :: selamat berpuasa.jangan puasa yang yang yok.pagi-pagi bukak periuk.
tengok-tengok takde lauk.hahahaha.

Wednesday, August 04, 2010

local artis la babe. ®

suka giler dengan lagu ni.


Chorus (Colby)

Baby I never seen someone wit your body
You make me wanna get this party started
Hey baby come and tell me what’s the score
Baby baby tell me
What chu what chu waiting for

Chorus (Mizz Nina)
Baby I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come and get me it’s all yours
Baby baby tell me
What chu what chu waiting for

(Colby)
It’s your birthday so tell me what you wanna do
(Mizz Nina)
It’s my birthday I really wanna get with you
(Colby)
Drop the beat now and baby we can get it started
(Mizz Nina)
We’ll go insane and take it to the after party

(Colby)
So what’s your name
Hey baby what’s your name oh yeah
(Mizz Nina)
Sexy’s my name
Yeah sexy is my name
(Colby)
Ok and what’s your game
Hey baby what’s your game
(Mizz Nina)
Ok I like to play
I I like to play ay

Ulang Chorus (Colby)
Ulang Chorus (Mizz Nina)

Verse
(Colby)
Hey sexy girl from Kuala la la Lumpur
(Mizz Nina)
Hey baby that’s me
I’ll be on the dancefloor
(Colby)
I got chu a surprise
We’re poppin up in VIP
(Mizz Nina)
And if I ask nice can I take you home with me

Ulang Verse 2X
Ulang Chorus (Colby)
Ulang Chorus (Mizz Nina)

(Colby)
Baby let’s get crazy
Come on loose control ol ol
(Mizz Nina)
We’re gonna tear up the after party
I know you want some more oh oh oh
(Colby)
I wanna see ya work that body
Drop it down real low low low
(Mizz Nina)
Hey baby come and get me
Tell me what chu what chu
What chu waiting for

Ulang Chorus (Colby)
Ulang Chorus (Mizz Nina)



Friday, July 16, 2010

kebingitan vuvuzela masih terasa ®

hasil undian anda semua.Majoriti pilih Spain & Brazil.
piala tu pun dah bawa balik ke Spain.viva Espana.
apa yang aku jangkakan tepat sama sekali.
kalau aku betting banyak-banyak kan masyuk.haha.
boleh jadi macam si Paul.tak jadi Mani.haha.
tengok final hari tu pun dah macam ada kat Nelson Mandela Bay je.
padahal tengok kat Mcd je.angan-angan berangan.
lepas WC abes dah rasa lain dah.tak syok plak tetiba.
tak boleh nak nganjing sangat.nak kutuk-kutuk pun tak sedap dah.
takpe.lepas ni EPL dah nak start.ni pun dah perang-perang jersey.
jersey Man Yoo bukan tak lawa tapi simple je.tapi aku suka.
kehebatan WC tak sama dengan liga.rasa nak setahun sekali WC ni.

praktikal pun tinggal 5 minggu je lagi.tak sabar nak abes.
dulu kira minggu.sekarang menghitung hari plak.haha.
tinggal 25 hari je lagi.pejam celik pejam celik cepat je abes.
tapi sekarang layankan je.enjoy-enjoy makan biskut.haha..

double colon :: nak tengok Inception!

Thursday, June 17, 2010

Spain juara World Cup 2010 ®

malas nak update bila time-time keje ni.
pegi keje dari pukul 8 pagi sampai 5 petang.
dekat kilang bukannya dapat online pun.bawa laptop pun same gak.
bila dah balik online baru dapat baca paper.
kadang-kadang bila penat terus tertido.tak makan malam pun ada gak.
lagilah nak type-type update.dengan nak pikir apa nak tulis.
makin memeningkan.log book pun kadang-kadang terbiar.
tulah puncanya jarang nak update.nak plak sekarang ni World Cup.
semuanya bola bola bola bola bola bola bola bola bola bola bola & bola.

semua tahu dah kekalahan Spain dengan Switzerland.satu kosong.
ada dua game lagi.ada harapan lagi.kena menang dua-dua game pas ni.
Swiss main defensive giler semalam.tujuh lapan player kat bawah.
dekat kilang tebalkan muka je la dengan peminat Brazil,Argentina.
kang cakap banyak bukannya dapat tukar keputusan pun.
bola itu bulat.bukan macam bola ragbi.tu lain.

double colon :: laptop kembali membisu.

Saturday, June 12, 2010

na na na na na ganu kite ®

jangan tanya kenapa tetiba aku rajin plak update.
dah 2 hari aku kat Terengganu.dekat daerah Dungun.
kelam kabut dibuatnya masa hari Khamis hari tu.
abah aku baru ajak pegi.lepas tu suruh aku balik keje awal.
selamat la Boss aku sporting lisbon.nak mintak cuti pun senang.
mintak kuar awal pun senang.aku je yang cuak-cuak nak mintak.
hari jumaat semalam tambah lagi cuti.bulan ni kira dah cuti sekali.
kira sebulan sekali mesti aku mintak cuti.tak kisah ada event atau tak.

Dungun ni bagi aku dah biasa dah.dari kecik lagi aku dah ke sini.
makcik aku memang dah stay kat sini sejak aku kecik lagi.
time cuti sekolah je mesti mak abah aku hantar aku ke sini.
takpun temankan atok nenek aku.kalau tak naek kete.naik bus.
sekarang atok nenek dah takde.kadang-kadang aku ngan atok aku je.
dorang suka dok kat sini.kat sini nyaman.dekat ngan pantai.
adik beradik aku pun same gak time dorang.
semua pernah dok lame ngan makcik aku ni.dah macam anak sendiri.
masa zaman matrik aku selalu balik Dungun.matrik Gambang,Pahang.
nak balik Johor jauh aku balik la Dungun.dalam 2 jam je.
sekarang ni dah jarang ke sini.dalam setahun lebih.dah lain sikit dah.
rumah jiran makin bertambah.ada taman reakrasi.tanah kena sondol.

hari ni plak nak ke bandat Kuala Terengganu (KT).
kalau pegi sini dah singgah sana memang tak sah.
tempat yang biasa pegi tulah, Pasar Payang.mesti kena singgah.
yang beli selalunya Kain Batik.padahal yang kat rumah tak bukak lagi pun ada.
baju kelawar pun tak dilupakan.mesti kena beli.
walaupun ak terapung sebelum/selepas dari KT singgah Masjid Terapung.
tapi yang peliknya,walaupun dah bertahun-tahun pegi KT.
aku tak pernah pergi lagi yang ada Masjid Kristal tu.
mungkin sebab selalu pegi sini tu yang tak heran.bila-bila je bole pegi.
ole-ole pun dah tak tahu nak neli apa.balik-balik bawa balik kopok lekor.
haha.ni pun Technician kat kilang pun dah kirikm kopok lekor.
tapi taknak yang lain.nak yang Kemaman punya.nanti aku belikan.
kalu breakfast mesti Nasi Dagang.benda lain semua tak pandang.
rasa dekat Johor lain tak layan selayan dekat negeri sendiri yang pure.
selamat slang aku still kejohoran.masa kecik-kecik selalu cakap ganu.
tapi tak lekat-lekat gak.term-term ada yang tau la sikit.
korang pegi mana cuti sekolah ni?semoga enjoy...............

doube colon :: sangat beronok-ronok bila laptop dah bersuara.

Friday, June 11, 2010

mau shawl free? ®

nak free laju je kan.
bukan aku nak bagi.tapi member aku nak bagi.
kalau korang nak dia bagi, korang kena bagi la duit.
tolong member promote buat bisnes.
mane awekz-awekz yang kaki shawl boleh la usha-usha.
semua ada di situ.nak tanya lebih lanjut tanya ownernya.
yang mana suka pakai shawl sampai terbelit-belit hingga tercekik
singgah la di sana ye.
para-para balak boleh jugak.mana tau nak bagi bunga masing-masing.
murah dan berpatutan.berkualiti lagi.
sayang sekali modelnya tak nampak muka.
tengok dari belakang ikut firasat aku nampak cun.
mau rasai kehangatannya sila la ke MN BOuTiQUe

double colon :: event Berak memang best.tahniah Sigg!!

Tuesday, June 01, 2010

jarang-jarang kadang-kadang ®

mula-mula setiap hari
lepas tu setiap seminggu sekali
kemudian sebulan sekali
seterusnya ikut suka hati
lepas ni???

Thursday, May 13, 2010

ini yang terakhir?? ®


assalamualaikum..
ada orang tak???
tetiba terupdate plak...
berukband pantas berlari.
terkejut beruk aku..
ingatkan nak buat tajuk "di sini ku berakhir"
ramai tanya tak update-update ke??
ramai ke??lebih dari sorang ramai la tu kan..
jumpa lagi..


Monday, March 08, 2010

raja lawak 4 - final week ®

walau keje bertimbun tapi aku sempat gak berpon-pon dengan abg kassim
tiket collect hari khamis.dapat 6 tiket je.sebab 3 orang je yang pegi ambek.
pegi awal.lepak dulu kat Shah Alam.rumah Epin yang berbaju putih hijau.
tinggalkan dulu keje-keje assignment + project + slide.kita bergelak ketawa dulu
auditorium ni takdelah besar sangat.tak dapat anggarkan.tapi tak ramai.
banyak lagi seat kosong.yang datang awal pun tak ramai sangat.tak berebut-rebut

free seating tak kesah duduk mana-mana.tapi dia ada sediakan.
free seating maknanya tiket tu free.tak berbayar.
sape duduk silap tempat kena halau la.
tiket pun tak dikoyakkan.boleh passing-passing kalau tak cukup tiket.
masuk dulu 6 orang.lepas tu sorang bawa keluar.bawa masuk lagi 6 orang.
tapi aku tak buat.tak tahu la banyak seat kosong.kalau tau.bawa 1 kampung
tahniah buat Kecik yang jadi juara.persembahan konsisten.
tapi aku nak Abg Kassim yang juara.bolehlah ada Abg Kassim the Series
malang sekali.persembahan 1st Abg Kassim sangat mengecewakan
sebab tu kurang undi.2nd round dia kasi balun abes.aku bagi standing ovation.
tak kesah la sape menang.sebab malam tu memang fight.
bila dah abes.tak balik awal.lepak-lepak.usha-usha orang.
tengok ada artis mana yang tinggal.ramai yang terus balik.
kitorang terus turun tingkat bawah.ramai dekat sini.
mata pandang kiri kanan tengok sape yang ada.
Johan je yang ada.Zizan dah masuk ke belakang dah.
tak sempat nak beramah mesra dengan Zizan.
Johan pun Johan la.best apa Johan.memang sewel.
ramai yang kerumun dekat dia.sebab dia je yang tinggal.
sempat gak naik atas pentas.tempat Jozan mengacara.
lepas tu kena halau sebab dorang nak clear stage.
lepas tu amek berkat juri.kerusi semuanya besar-besar.
tengok la juri besar mana.kat belakang pun ramai wartawan.
rasanya tengah interview family peserta raja lawak.
dah takde apa yang tinggal.apa lagi.blah la.
otw ke kereta terserempak dengan peserta raja lawak yang lepas.
aku pun tak kenal sape.nampak naik atas pentas.
lepas tu buat-buat salam.biar dorang rasa dorang glamer.
nampak Amir I'm Sorry.kecik cili padi.kecik dari aku.

double colon :: aku off 1 minggu.final week ni banyak yang nak disettlekan.

Sunday, March 07, 2010

dodgeball.apa benda tu ®

semalam baru aku tahu apa dia dodgeball & cara main dodgeball
ada klinik dodgeball dekat UKM anjuran Persatuan Dodgeball Malaysia
anjuran bersama Kolej Ibu Zain (KIZ).KIZ ada buat karnival kolej.
benda ni baru lagi dekat UKM.minggu lepas baru 1st time diperkenalkan
aku diajak bermain last-last minute.aku on je.nak try men.
benda baru standard ar tak ramai yang tahu & join.mungkin publisiti kurang
ada lebih kurang 5 team yang masuk.ok apa.daripada takde.
awal-awal dia tunjuk cara bermain & demostrasi.ajar rules-rules.
lepas tu baru ada pertandingan.team lelaki ada 2 team perempuan 2.
1 lagi team campur.nama team Terpaksa.sebab terpaksa main.
main dodgeball ni macam main Bola Beracun.pernah main??
masa kecik-kecik dulu selalu main waktu petang-petang.
main baling-baling.dah mati kuar duduk belakang.
tapi dodgeball ni rules dia lagi straight.ketat.macam tu lah.macam ni lah.
tak boleh ini lah.malam sebelum main aku tengok kat Youtube.
sangat-sangat semangat.biar bagi nampak macam mana main.
nak main kena pasang strategi.kerjasama yang penting.
kena communicate each other.jangan buat hal sendiri.
bukan sekadar baling.baling pun kena ada skill.
akhirnya team kami (Konspirasi) ditabalkan pemenang.
pemenang ditabalkan mengikut semangat kesukanan & semangat bermain
untung.dah la tak kena bayar.dapat hamper.dapat makan tengahari sekali

team awek-awek
baling jangan tak baling
kena jadi tukang kutip bola
keletihan
tempat ke-3
tempat ke-2
kami juara!!
team Konspirasi

letih main benda ni tengah-tengah panas.berkilat dibuatnya.
20hb Mac baru ada game.Open UKM.tapi exam dah dekat.
kelab dodgeball UKM pun akan ditubuhkan.sape-sape yang dah datang main
digalakkan untuk menyertainya.sape yang terpilih akan wakil UKM
akan sertai liga dodgeball Malaysia.peluang terbuka cerah.
akibat main benda ni badan aku sengal sakit.main baling kuat-kuat.
rasa malas nak buat keje-keje yang bertimbun-timbun

pasal contest Ezma.you jump i jump.
aku pemenang ke-4 aka saguhati.
lompatan pemenang pertama memang dahsyat.
terima kasih kepada pihak juri & sesiapa yang terlibat
tak sangka boleh menang.hebat-hebat semuanya.
dapat hadiah topup rm10.tapi aku tak pakai topup.....

double colon :: start pukul 10 pagi sampai 8 malam.UKM takde elektrik.ada keje membaik pulih oleh TNB.nak ke mana ni???

Saturday, March 06, 2010

ibu ratu hatiku ®

tanggal 4hb Mac.hari yang cukup bermakna buat
ingin aku ucapkan Selamat Hari Lahir
buat makku yang tersayang.Rohani Bte Md Yunos.
sweeth 56th.usia bukan segala-galanya.
anakmu doakan agar mak panjang umur & dimurahkan rezeki
semoga anakmu ini dapat membalas segala jasa-jasa yang telah mak curahkankan & berikan sejak diri ini dilahirkan.
terima kasih untuk segala-galanya.
tiada yang dapat menggantikkan mak di dunia
kaulah segala-galanya.kaulah ratu hatiku.
sayang mak sangat-sangat.muah muah muah.
hadiah belum sempat nak bagi.mak kata tak kisah asalkan ikhlas.
tahun lepas aku bagi perfume berharga rm250.tapi nilai bukannya ukuran.
ingat lagi masa aku sekolah rendah,aku & adik beradik aku share duit.
sorang rm10.belilah apa yang sesuai.sampai sekarang hadiahnya ada lagi.
simpan dalam ngobok.kenangan sampai bila-bila.

double colon :: you're my idol!!!

Friday, March 05, 2010

8plorace UM : tasik perdana ®

8plorace UM : tasik titiwangsa

dah lepas semua task dekat TT kena pegi plak Tasik Perdan (TP)
perjalanan ke TP macam gampang.penat giler.jauh nak mampos.
dari jauh dah nampak dah Bukit Aman.tapi takde jalan short cut.
kena masuk betul-betul jalan masuk ke TP.masa nak ke sana semua jalan.
takde pun yang lari-lari berkejar-kejar ke sana.simpan tenaga.
dalam perjalanan dekat dengan Dataran Merdeka aku berhenti seketika
kaki aku cramp.belah kiri.pergh.memang perit.terbaring kat tepi jalan.
nasib ada bawa Yoko Yoko.dapat legakan sikit cramp kaki.
masa nak ke Bukit Aman ada 3 team yang bersaing.time tu dah tengahari.

terima kasih beri kerjasama
penghargaan
cenderamata
hamper bertuah
tahniah!
wakil kumpulan

1st task.dekat depan Masjid Bukit Aman.yeah ada pegawai perubatan.
mintak spray sikit kaki aku yang cramp tadi.dia bagi serbuk untuk bancuh.
tasknya kena dirikan 6 batang paku atas 1 batang paku.
sebelum tu kitorang tanya.berapa team yang dah sampai.
hanya 1 team je yang dah sampai.aku team yang ke-3.
serentak dengan 1 team lagi satu.team pertama dah lepas.
task ni kalau tak dapat settlekan kena penalti masa.
walaupun berjaya tapi berpeluh gak la nak settlekan task ni.
memang ada cara tersendiri macam mana nak buat task ni
time kat sini dorang bagi makan tengahari.tapi kitorang tak nak.
nak jimat masa.team yang ke-2 tadi pergi makan tengahari.
secara automatik kitorang dah potong team tadi.sekarang kitorang n0 2.
terus pantas & laju ke next checkpoint.

task 2 dekat Anniversary Theater.tak sesat nak ke sini.kitorang tanya pakgad
tiba-tiba faci dekat sini keluarkan ulat.berderau jantung aku.
ingatkan kena makan.rupanya tidak.kena amek ulat.lepas tu ukur sendiri.
berapa panjangnya.kalau 4cm dapat 4 getah.kalau 3cm dapat 3 getah.
bila dah dapat getah kena pergi kat tapak yang berdekatan.
kena baling getah masuk dekat batang kayu yang dah dicacakkan.
ada jarak.tak boleh lepas tali/garisan.kena masukkan 5 getah.
semua orang kena buat.kena baling satu-satu.ada 3 batang kayu.
berulang 3 kali nak masukkan 5 getah.3 kali gak ukur ulat.
dan dan dah settle team yang tengah makan tadi dah sampai.

task ke 3.kena pegi kat taman.lupa plak nama tamannya.
tapi kitorang ingat.sebab tahun lepas ada task kena buat kat situ.
takde masalah nak ke sana.rupa-rupanya kitorang dah potong team 1st.
dorang tak jumpa tempatnya.gumbira dalam hati.ada chan ni.
task kat sini kena kira berapa biji kacang hijau.fuyoo..
kalau silap kira kena kira balik.masing-masing tekun mengira.
dah siap kira boleh plak salah kira.jumlah lebih dari jumlah yang sebenar.
takkan nak kira balik.teka-tekan kalkulator tolak 20.
jawapannya betul.dalam 1631 biji kacang hijau.kami lead sekarang.

checkpoint yang ke-4.planetarium.kat sini pun tau jalan.
tapi yang tak jumpanya tempat checkpoint.dorang duduk dekat ngan parking.
kat sini memang silap jalan.amek masa lama.pusing-pusing satu planetarium
sampai ke belakang cari parking.masa kat sini ada 3,4 team.
dorang ni sampul surat kaler lain.dorang stat dari checkpoint yang berbeza.
tapi dorang nak ke tempat yang sama.ikut je la dorang.sesat pun ramai-ramai.
tanya pak guard baru jumpa tempatnya.bila sampai dia suruh tunjuk klue.
tapi kitorang punya klu dah hilang masa dalam perjalanan.
kena penalti 10 minit.terpaksa menunggu.dah la sesat kena tunggu lagi.
member aku dah maki-maki dah budak yang jaga kat situ.
takde kompromi langsung.bukannya kitorang tipu pun.sticker bukti.
bila dah abes masa terserempak dengan team yang kitorang potong tadi.
berkecai harapan.tapi semuanya perlu diteruskan.kat sini kena jawab soalan.
kena pergi dekat pameran negara-negara Asean.dekat Muzium Negara.
cramp aku datang balik.kali ni bukan sebelah.belah kanan pun cramp gak.
dua-dua kaki.dah tak boleh nak jalan.aku mengesot naik anak tangga.

checkpoint ke-5.Muzium Diraja Polis.kena baca tulisan Braille.
task last.tak mengalami masalah.1st time baca tulisan Braille.
time kat sini merawat kesakitan.pegawai perubatan ada kat sini.
mintak ais takde.ais dah cair.spray je tinggal.timbul urat masa cramp.
aku dah terjerit-jerit dah.dah macam kena santau.

dah dah settle lima-lima task.kena balik ke 1st checkpoint.guard UM.
tapi kena naik dari LRT stesen Pasar Seni.aku yang depan sekali.
yang kitorang rajin pegi Stesen Masjid Jamek.tak tengok pun check list.
dah la jauh.pusing bandar KL.kalau Masjid Negara nak ke Pasar Seni dah dekat.
membazir masa.patut la masa sampai stesen Pasar Seni kitorang tanya FC.
jarak masa team 1st dengan kitorang dalam 40 minit.jauh tu.
selamat takde team lain potong.dalam hati semua meratapi tak dapat rm1000.
bila sampai dekat checkpoint last kat guard UM baru diberitahu dapat no 2.
kena pegi tempat perhimpunan.kat sana dapat tepukan gemuruh.
takde lagu We Are The Champion macam tahun lepas.

redha

we are the champion

ikhlas dari hati
butter bertuah
self timer
wakil UKM
majlis penyampain hadiah berjalan dengan lancar
saat nama team Ikhlas Dari Hati disebut semua senyum-senyum
memang kami iklas dari hati bertanding.semuanya ikhlas.
ada cabutan bertuah.team yang juara,2nd & 3rd semua tak bertuah.
duit rm500 dapat cash.on the spot jugak bahagi-bahagikan.
walaupun rm500 kami tetap bersyukur.alhamdulillah.
takde rezeki kali ni.naik satu tangga dari tahun lepas.
tapi kali ni lagi penat dari tahun lepas.jauh berjalan.
task takdelah sesusah tahun lepas.tapi kali ni kena banyak focus.
terima kasih kepada ahli-ahli Ikhlas Dari Hati, team Termenang sudah.
tahun depan aim juara 8plorace 2011.jangan cabar kami!!

double colon :: hargailah masa & gunakanlah sebaik-baiknya

Wednesday, March 03, 2010

8plorace UM : tasik titiwangsa ®

cabaran 8plorace 2010 kembali.Ikhlas Dari Hati.nama team aku kali.
tahun lepas 1st time join.nama team Yang Menang.dapat no 3.
tu yang berkobar nak join tahun ni.harap-harap ada tuah kali ni.
satu team nak 4 orang.tapi hadiah tetap sama.team yang join pun sikit.
tak macam tahun lepas.kali ni dalam 18 team.takde peringkat elimination.
usha-usha team lain saingan tetap ada.jenis psycho pun ada gak.
tapi kami selamba je.buat tak tahu.tak gerun pun.focus.
trademark team kitorang pakai jean.tapi tahun ni ramai gak yang pakai.
kalau tahun lepas team kitorang je yang pakai.semua pandang slek.
lagipun kali ni kena naik LRT.lagipun kat bandar KL.style sikit.
tempat berkumpul/starting dekat PerdanaSiswa UM.dekat gazebo.

get ready.Epul.Ajak.Daos.
lepas angkat air dalam baldi
bincang strategi
ikhlas dari hati.buat streoid.
termenang sudah

pertandingan dimulakan.semua berlari ke check point 1st.main gate UM.
awal-awal team kitorang dah psycho dah.kitorang yang sampai dulu.
amek LRT untuk ke stesen Masjid Jamek.1st train ada lebih kurang 5 team.
yang lain dah terpisah.advantage sape yang dapat train awal.
bila benti dekat mana-man stesen LRT yang ditetapkan.kena cari crew
mintak sticker bukti yang kita dah lalu route yang ditetapkan.
kena pegi Tasik Titiwangsa.kat sana baru ada task yang perlu disettlekan.
dari stesen Titiwangsa nak ke tasik kena jalan kaki.jauh boleh tahan.

1st task kat sana kena cari tempat yang berkuda.ingat kena naik kuda.
rupa-rupanya kena basuh kandang kuda.pergh!kena bersih tahi & air kencing.
aku tahan nafas.tapi sekali sekala terbau jugak.gelimat.

2nd task kena pergi ke tempat yang dulu ada Eye One Malaysia.
sampai je aku dada aku berombak-ombak.rasa nak muntah.
memang tak tahan.aku muntah.keluar air sunquick yang aku minum pagi-pagi
task melibatkan pengiraan.tanpa menggunakan kalkulator.
kena tambah hasil huruf-huruf dalam satu perkataan.
setiap huruf ditetapkan nilainya.A=123 B=56 C=390 D=222 E=999 & seterusnya
contoh MALAYSIA = M+A+L+A+Y+S+I+A = 3759
nama negara yang dibagi ada 50 buah negara.tapi dia bagi nilai untuk 5 negara je
kira mana yang kena dengan nilai yang diberikan.nampak mudah kan.
negara-negara yang ada bukan macam China,India.tapi Montenegro, Kazakhstan.
dekat sini la kitorang stuck paling lama.50 negara tu semua dah kira
tapi 3 je betul.2 lagi salah.takkan nak kira semula.
tension.moral down.semua dah nak give up.pressure.
2,3 team yang sampai lambat pun dah potong kitorang.makin pressure.
buat rayuan pun tak lepas gak.berkat kesabaran settle gak.

task ke 3.kena ukur jambatan pakai pembaris patah.kat sini takde masalah.
sama task dengan tahun lepas.skill kira pun sama gak.
nak cepat pakai tali.kitorang lupa plak nak bawa.

task ke 4.dekat area kereta kontol.kena angkat bakul yang ada air.
guna empat tali.tanpa ikat atau selit kat mana-mana lubang.
kat sini pun takde masalah.dalam masa tak sampai 5minit dah siap.

task ke 5.cari tempat orang meluahkan hasil kreativiti.
memang payah nak cari tempat ni.tanya semua orang semua tak tahu.
yang tahu tunjuk tempat yang ada pentas.tempat persembahan.
tapi masa tu ada program budak Kolej Tun Syed Nasir,UKM.
baju dorang dah la same kaler.wane merah.keliru.
dengan nekad yakin pergi ke Istana Budaya.dah nampak bayang dah.
tempat yang betul dekat Balai Seni Negara.dekat sini takde task.

mane task yang paling susah korang rasa??
task-task dekat Tasik Titiwangsa dah settle.
yang letih menapak ke satu checkpoint ke satu checkpoint.
bukan dekat-dekat.satu tasik kena pusing.
time ni tak dapat agak kitorang team yang ke berapa.
seterusnya kena pergi ke Tasik Perdana.5 task menanti di sana.

double colon :: jumpa di Tasik Perdana

Monday, March 01, 2010

malas nak cakap banyak ®

dengan mengikut suara & nasihat ramai aku study dengan tekunnya
pergi library untuk cari ketenangan & jauhkan diri dari hasutan internet
memang banyak nak kena baca.siap pinjam buku lagi.1st time aku pinjam buku.
sebelum ni pernah orang pinjam atas nama aku.dah 3rd year baru nak pinjam.
betul-betul student yang cemerlang gemilang & terbilang.harapan bangsa.

niat hati nak tengok MU main.tapi bila pikir masa depan aku pilih untuk study
tengok update dekat eurosport.malas nak cakap banyak.2-1.
glory glory MU.kemenangan memang hak milik MU.rugi plak tak tengok.
tapi awal-awal aku dah yakin dah MU boleh menang.fan-fan lain kunci je mulut
aku rasa tak ramai fan Aston Villa.tapi ramai yang nak tengok MU kalah.
bukan menang nasib.gol penalti AV yang nasib.semangat study bertambah.
cayalah Owen.Rooney memang striker terbaik dunia.Valencia man of the match.
bila Rooney score.aku bersorak.member aku yang tidor terkejut.terus bangun.
tengah-tengah berdebar menanti minit-minit last.tengok dapat satu e-mel.

"Dear all,

I have been trying to login to spin from my house but fail till now.

Kuiz di tunda ke selasa 2/3/2010. Kelas isnin 1/3/2010 di batalkan kerana saya terlibat dengan perarakan mauludur rasul.

Saya mohon maaf.

prof che hassan"

cis.terus aku tutup buku & nota.

double colon :: kiranya esok ada 2 test.

Sunday, February 28, 2010

jangan berlagak sangat ®

sabar ye peminat-peminat Chelsea.
terutamanya Faiq.
harap bersabar.Cech rehat la lame-lame.
Hilario memang keeper terbaik.
tak lama dok kat atas tu.
beza sekarang 1 mata je pun.banyak lagi match.
Chelsea memang main macam tu.Man City je pun.

malam ni final Carling Cup.
kita tunggu & lihat saje.
tak nak berlagak.tapi keyakinan itu penting.

double colon :: malam ni.antara melihat kemenangan Man U @ study untuk test esok??

Friday, February 26, 2010

semalam di niyang rapik ®

seramai 14 ahli bak enggang berterbangan di angkasa raya pergi ke Niyang Rapik.tiket masuk telah dibeli seawal hari Selasa oleh aku menggunakan Maybank2u.time tu banyak lagi seat-seat kosong.kitorang pun mula-mula 10 orang je.esoknya tambah lagi penyertaan seramai 4orang.bau-bau bacang jugak.satu row 3 dari belakang kitorang punya.belakang dah ada group lain book.bila tengok time maghrib hari khamis dah full dah.sangat laris.padahal tiket pukul 12.30 tengah malam.amek feel sikit.baru mencabar.ada sorang member kepada member aku 1st time tengok movie melayu.dia kaki wayang.tapi citer melayu je tak layan.ni pun dia nak tengok.dia tengok trailer macam best.tu yang dia nak join tengok.
terus ke review Niyang Rapik.movie ni takde kaintan dengan Puaka Niyang Rapik.sape yang tak layan drama jangan boleh aje layan movie ni.secara keseluruhan movie ni tak sepenuhnya seram.dia ada time dia.ada jugak lawak.tapi bukan hantunya yang lawak.pelakonnya.watak Zizan lakonan Shaheizy Sam paling menyerlah.suka cakap besor.dalam masa yang sama penakut.banyak mulut.macam budak kecik.poyo.yang best jalan cerita.tak mengelirukan.tak perlu aku cerita sinopsis kat sini.mengikut perkiraan hanya 2 kali hantu-hantu Niyang Rapik buat aku terkejut.secara tiba-tiba muncul.itupun aku terjerit sebab member sebelah jerit.jangkit.ending boleh diterima.tapi tangan hantu tu memberi isyarat lambai-lambai dah abes LJ dalam citer watak misteri tapi dia misteri sangat.nampak jerawat.maybe sebab tak cukup tidur.duduk kat Tasik Kenyir 10 hari.mandi pun pakai air mineral.Tasik Kenyir cantik.dalam movie ni nampak berpuaka.yang bangganya dalam citer ni nama aku ada.Saiful.haha.Saiful macam ketua.semua dia yang handle.pendamai.problem solver.ni 1st filem seram melayu aku tengok kat wayang.so berdebar-debar jugak la.tapi takdelah sampai tutup mata taknak tengok.kata anak jantan.pegi semua lelakisape yang tengok Santau dorang cakap Santau lagi seram.yang penting aku tak tidor dalam wayang.focus.padahal dalam hati cepatlah abes

double colon :: selamat menyambut Maulidur Rasul.selamat beramal.

"~Ezma, you jump, I jump! contest~ " ®

secara offisial ni la 1st contest aku yang betul-betul aku join.
sebelum ni pernah tapi ntah pape ntah.bukan sebab kalah.melanggar syarat.
tertarik perhatian kontes ni dari Zack yang ada kat New Zealand sekarang.
kamu semua suka lompat melompat??kalau berminat sila klik gambor di atas.
sebelum ni aku bukan followernya.tak kisah.janji sekarang aku dah follow.
jangan terlambat.bulan February ni sampai 28hb je.bukan 30 bukan 31.

inilah gambar yang aku pertaruhkan.dalam simpanan ada banyak pilihan.
bukan senang nak pilih yang mana satu.terpaksa mintak pendapat akak iparku.
ada satu gambar sepatutnya dipilih.tapi disebabkan terlalu 18SGX tak boleh.
takut kang ada plak gadis-gadis yang terbeliak/cair/pitam melihatnya.censored.
aku plak yang malu.tapi sape nak tengok kena bagi no phone dulu.private.

seingat ingatan aku yang cepat lupa ni gambar ni diambil masa bulan Syawal.
time ni beraya rumah Hazirah Hamdan.ngam ngam dengan Thaipusam.
memang dia nak celebrate sekali.wel wel.rumah plak dengan Batu Caves.
ni dihadapan bukan rumah dia tapi rumah jiran dia.no editing.just crop.
ada tangan makhluk yang tak dikenalpasti nak menganggu photoshoot.
penuh semangat.riak muka mesti ada seseorang akan cakap benda yang sama.
one word.5 letters.in malay.in not malay.one word.4 letters.aku tak cakap.tapi dia.
ezmaliza tak bagi menstory terlalu panjang.kang ada kena reject awal-awal ek.
kalau nak letak gambor lompatan bersama member-member aku susah plak
ada je nak berkenalan.suruh kem salam.macam aku takde kat situ.haha.
kalau menang mesti diorang nak share sikit.kalau menang.insyallah.amin.
tapi contestant yang lain hebat-hebat jugak.nacam-macam style.
semua aku dah usha.tengok pesaing-pesaing.semangat kan..

double colon :: rasa-rasa macam nak tukar gambar la plak..

Wednesday, February 24, 2010

konsert satu suara - the ending ®


setiap permulaan mesti ada pengakhirannya.ni entry last pasal KSS.
kali ni takde orang jeles punya la.edisi jalan-jalan cari makan.
penat menjerit.penat terkejar-kejar.penat bernyanyi.isi perut time.
IB dah dekat dah ngan Kampung Baru (KB).kat KB banyak tempat makan.
kedai makan yang best-best bersepah-sepah.kali ni HR Steak House jadi pilihan
popular gak tempat ni.bole jadi port lepak melepak.kalau kat Murni tak boleh.
tempat memang nampak cantik.rasa macam dok kat alam koboi.
menu banyak pilihan.segala macam ada.kitorang pilih western semua.
tengok nama-nama menu boleh tahan sedap.terbayang-bayang bentuk & rasa.
lame jugak nak memilih.abang yang amek order bengis gila muka.
senyum sikit pun tak nak.penat je aku senyum kat dia.

air kosong je...
dessert.choc cake..
air kelapa madu.madu dah abes.sepah kena buang.
letak la nama apa pun.lupa
chicken chop
steak
chicken Marryland
bila dah makan takdelah sedap sangat.tapi ok la.dah lapor.bedal je.
harga memang dikira murah.kira Chicken Marryland yang aku makan rm7.50
yang lain lebih kurang je.steak belas-belas.rm14 yang paling mahal rasanya.
air order ldari kebiasaan.saje je nak try air kelapa.harganya rm4.
kena balik cepat.sebab mak Huda risau.anak dara balik lewat-lewat.
sampai UKM dalam pukul 3 pagi.balik-balik internet takde.
tu yang lambat update pasal KSS yang sangat gempak ni.
alhamdulillah.sangat puas.terima kasih kepada semua yang terlibat.
kenangan yang takkan dilupakan.kalau banyak duit lagi bolehlah tengok event dorang yang akan datang.pastikan lebih puas dari KSS

double colon :: ada?ada?.................. ada aku kisah..credit to wokey.com

Comments

comments powered by Disqus