KUALA LUMPUR: Dosa dalam dosa!. Itulah yang boleh dikatakan kepada golongan pelayan pelanggan (GRO) yang menggunakan susuk pada kemaluan mereka bagi memastikan pelanggan sentiasa tunduk dan ingat selepas kali pertama melakukan hubungan seks.
Mengulas mengenai perbuatan itu, penceramah terkenal, Ustaz Mohd Zawawi Yusoh, berkata GRO ini bukan saja berdosa kerana melakukan amalan khurafat itu, malah mencari rezeki dengan cara haram berikutan sangup menjual tubuh.
“Mereka menambah dosa dan tidak memikirkannya kerana sudah berdampingan dengan syaitan yang sentiasa akan menyesatkan setiap manusia.
“Banyak cara mencari pendapatan secara halal, namun golongan terbabit sanggup melakukan perbuatan sesat semata-mata kerana nafsu dan mahukan kekayaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
|
"Mereka ini sebenarnya memusnahkan diri sendiri dan masa depan tanpa memikirkan kesan dan bala yang akan diturunkan Tuhan.
“Ingatlah, suatu hari nanti kita tetap akan menjadi tua dan jatuh sakit...tiada makhluk bernyawa yang akan hidup kekal selama-lamanya,” katanya yang meminta golongan itu bertaubat sebelum terlambat.
Katanya, bomoh yang memasukkan susuk juga merosakkan imej pengamal perubatan tradisional lain yang menggunakan jalan yang betul dan meminta bantuan daripada Allah untuk melakukan rawatan.
sumber : harian metro
No comments:
Post a Comment