- Ketawa Dengan Kuat
Aktiviti ini menggalakkan tubuh merembeskan endofin, bahan kimia yang meningkatkan tenaga & mengurangkan kemurungan. Malah hormone stress turut akan berkurangan. Lagipun, kesan gelak tawa ini berlarutan hingga 12 jam lamanya.
- Minum Air
Anda tidak semestinya minum 8 gelas setiap hari tapi jika anda menjadikan ini 1 tabiat, ia amat bagus untuk kesihatan. Minumlah air sewaktu makan & bila terasa dahaga. Ini akan memastikan tahap air yang mencukupi.
- Kerap Cuci Tangan
Hampir 80% penyakit seperti selesema & sebagainya berjangkit melalui sentuhan. Jadi, cucilah tangan dengan bersih beberapa kali setiap hari. Hanya 16% sahaja yang mencuci tangan dengan sabun &merendam dalam air suam selama 20saat setiap kali selepas menggunakan tandas. Eueww!
- Makan Apa Saja Sayuran & Buah2an
Semua buah & sayur elok untuk kesihatan. Tiada Sayuran yang membawa kesan negative. Lagi gelap warnanya lagi banyak nutrein yang disimpan.
- Bernafas Dengan Tenang
Membantu anda mengurangkan tekanan serta-merta. Cubalah bernafas secara perlahan sebanyak 6 kali & ini membantu anda mengurangkan tekanan darah.
- Berdiri & Duduk Tegak
Ingin kelihatan ramping & penuh semangat? Duduk & berjalan dengan postur badan yang tegak.
- Kekal Dengan Berat Badan Seimbang
Denagn berat badan yang bertambah terutamanya jika anda berumur 20 tahun ke atas, peluang menghidap penyakit jantung & diabetes amat cerah.
- Cukup Tidur
Sekurang2nya tidurlah 7-8 jam sehari agar lebih bertenaga keesokan harinya.
- Aktifkan Otak
Dengan mengaktifkan otak sama ada belajar benda baru @ menyelesaikan soalan matematik, ia dapat memastikan agar anda hidup lebih lama!
- Bermanjalah Dengan Haiwan Peliharaan
Melalui haiwan peliharaan, secara tidak langsung anda dapat kurangkan tekanan yang dihadapi dengan bermanja dengannya. Tidak kira apa masalah yang anda hadapi, semestinya ia melegakan bila bermain dengan si kucing @ anjing yang disayangi.
- Gosok Gigi
Tabiat ini wajar diamalkan tanpa perlu diigatka. Ia membantu menjauhi penyakit gusi & berikan anda senyuman menawan. Sebaiknya anda berkumur setiap kali selepas makan.
- Jumpa Doktor
Selalunya kita hanya berjumpa doctor apabila rasa kurang sihat. Tetapi
- Urut
Bukan anda mengurut tetapi diurut! Kajian menunjukkan ia meningkatkan pengaliran darah & membantu merembeskan hormon serotonin yang melegakan perasaan & tubuh.
- Cintai Seseorang
Apabila jatuh cinta, tubuh merembeskan hormon dopamine yang membuatkan anda rasa bahagia & gembira.
- Kembali Kepada Alam
Sememangnya dengan beristirahat di luar membantu meningkatkan kecergasan tubuh & otak. Bukan sahaja anda dapat mengurangkan tekanan malah bersa lebih sihat.
No comments:
Post a Comment