Monday, January 18, 2010

fun at the peak! ®

hujung minggu penuh dengan perjalanan.hari sabtu ke Air Terjun Sungai Gabai.
hari Ahad ke mana?Genting Highland Theme Park.tiket on the spot beli.
padahal masa hari sabtu ajak-ajak ayam je.planning last minute memang menjadi
tapi ayam tak nak pegi.kitorang berlima.naik bus dari Hentian Kajang.
naik bus senang.semua ada disediakan.satu pakej.planning naik kete.
kete cousin aku masuk workshop plak.cepat siot sampai.1jam je.
kitorang pilih outdoor theme park.baru gempark..Genting Skyway (cable car).lama & panjang .dalam 11 minit.
sampai pintu masuk tak tahu nak main yang mana satu.
setelah meronda-ronda kami decide main Flying Coaster.1st game.
yang ni kena bayar asing.rm10 per person.
dah macam Superman.terbang tunggang terbalik.
aku menjerit sekuat hati.member aku cuak.dia ingat aku menangis.
2nd game naik Pirate Ship.yang ni bagi aku macam naik buai.
ni je la yang games yang kitorang boleh tangkap gambar sambil bermain.
3rd game main Bumper Boat.semua nak attack aku.
basah sikit je la.air terpercik masuk dalam boat.basah bontot.
4th game.Corkscrew a.k.a roller coaster.lebih gerun dari Flying Coaster.
nak-nak time dia menuruni cerun.mengucap panjang aku.
sebelum next game.tarik nafas dulu.lepak-lepak jap.
5th game.paling menakutkan nak naik.Space Shot.
tengok dari jauh dah.tambah bila bayangkan kat atas tu.nauzubillah.
hati aku tekad redha & tabah.lantak la apa nak jadi.janji nak rasa.
nak rasa sangat.amek kau.saat kat atas tu yang paling menakutkan.
rasa bagai mati hidup semula.nak-nak time betul-betul nak jatuh.
bontot tak cecah seat.tapi bukan diawang-awangan.sumpah.
tak terucap apa-apa time tu.nak mengucap pun tak sempat.tergamam.
halkum.jantung.hati.hempedu.paru-paru.ginjal.testis.semua tertinggal kat atas.
geleng kepala bila aku ingat saat & ketika itu.kecut perut.
lepas ni kalau ada orang ajak naik kena pikir sejuta kali.
masa turn kitorang nak berlepas ke angkasa.ada 1 seat kosong lagi.
staff kat situ offer sape naik sekarang boleh naik lagi.2 times.
memang boleh kan naik banyak kali.sape nak tak nak je.
tu pun kalau korang sanggup beratur lama.queue panjang.main sekejap.
lepas abis Space Shot semua geleng-geleng kepala.
sesi meluahkan perasaan time naik binatang yang berketinggian 185 kaki.
6th game.3 orang je yang naik.Spinner.yang pusing-pusing.
yang 2 orang lagi dah pening-pening dah akibat Space Shot.
naik Spinner makin pening kepala.yang baru terasa diawang-awangan.
semua dah lapar.KFC time.kena patah balik.
abis makan main patah balik semula.main 7th game.
game yang paling menguji emosi & mental.Pirate Train.
ingatkan nak la menjerit-jerit tengok hantu pontianak kuntilanak.
habuk pun tarak.aku pun tak tahu la apa motif Pirate Train ni buat.
letak budak kecik sorang-sorang pun kuar dia mesti gelak.
game-game lain tak sempat nak main.ingat nak main Sungai Rejang Flume Ride.
yang main gelongsor air.basah terus balik.tapi tengok jam memang tak sempat.
time tu dah 5.30pm.bus 6.30pm.bus gerak on time.kem salam je la.
lain kali kalau nak main semua stay hotel atau datang pagi-pagi.
yang penting terasa hidup di Belgium.dengan kabus awannya.
bila cakap kuar asap dari mulut.hah.. (asap kuar dari mulut).jakon.

saksikanlah deretan gambar-gambar mengikut perjalanan dari sampai di kaki genting sehingga pulang.gambar semasa main Bumper Boat tiada.harap maklum.takut kamera masuk air.


excited!
dekat platform genting skyway
on the way.why are you so serious??
cabin view
dah sampai ke puncak

lelaki pun suka gambar dekat cermin
mencari destinasi pertama
Flying Coaster
Terminal Bus
mabuk laut naik kapal
mana satu kamera ni??
kegirangan selepas naik Pirate Ship
selepas naik Pirate Ship
sebelum naik Corkscrew
selepas naik Corkscrew
selepas naik Corkscrew 2
selepas naik Corkscrew 3
Space Shot
Lepas naik Space Shot
Spinner.
Terbang bersama Spinner

Pirate Train
sebelum departure Genting Skyway.bye-bye Genting.

syok.best.hujung minngu yang enjoy.nak pegi lagi.
mana tak keturunan Goh Tong tak kaya.hari-hari penuh dengan orang.

sebelum chow >> duit aku hilang.bila pikir balik rupanya dah guna time kat Genting.

Comments

comments powered by Disqus