Monday, November 26, 2012

Shout Awards 2012 - Part 2 ®

Event: Shout Awards 2012
Venue: Surf Beach, Sunway Lagoon
Date: 23rd November 2012

Anas & Ila Damiaa

Dynas

Go Gerila

 Go Gerila
Go Gerila

Go Gerila

Amir Jahari

Aizat

Aizat

Aizat

Mizz Nina - Winner of Video Music Award

Yuna

Yuna

Yuna

Yuna

Yuna

KRU -Winner of Ultimate Shout Awards

Henry Golding

Nu'est

Nu'est

Nu'est

Nu'est

Shout Awards 2012 - Part 1 ®

Event: Shout Awards 2012
Venue: Surf Beach, Sunway Lagoon
Date: 23rd November 2012

Keputusan dah tahu & kalau tak tahu bole google.

                           
Nora Danish

Fazura & Nora Danish

Fazura & Nora Danish

Fazura!

 Opening act. Style!!

 Razif Hashim & Hannah Tan

 Black - Winner of Flava Award


 Rina Omar

Massacre Conspiracy

 Vixx

 Vixx

 Marsha Milan Londoh

 Atilia & Daphne

 Syada Amzah

 Yuna - Winner of Popstar Award

 Hannah Tan

 Razif Hashim & Hannah Tan

 Fazura & Lina Tan

 Nora Danish - Winner of Hot Chick Award

 Nora Danish

 Hannah Tan

Friday, November 09, 2012

Paint-balling ®

Untuk pertama kalinya pada 4/11/2012 aku bermain paintball! seorang saje yang kali ni 2nd time. yang lain semua 1st timer. kami 10 orang beli guna groupon. satu kepala RM38. 200 bullets. kawasan permainan dekat extreme park Shah Alam, sebelah stadium Shah Alam. bila first time neves dia lain macam.


Team A (atas) vs Team B (bawah)

1st game : Elimination
Cara main dia lawan team A dengan team B sampai semua mati. mati bila dikira ditembak tak kira dekat anggota badan manapun. kalau ditembak dekat marker (senapang) pun dikira mati. tapi bila bullet tu splash dekat kita tak dikira mati. Round 1st ni team A menang. masa tinggal sorang je memang kena serang kiri kanan depan depan team lawan. aku tertembak team lawan depan depan bila dia forward ke aku. memang bisa la kena. bengkak! rasa bersalah plak tapi sebab automatically tertembak tak disengajakan. takpe kenangan tu. boleh tunjuk dekat anak cucu nanti. 




2nd game: Elimination
Kali ni team B buat serangan balas. Team B menang. 4 ahli masih hidup. Yeahh!!! round ni ada yang kena head shot! dia punya track tu seronok. sebab gaya dalam hutan. peant & berpuluh jugak la. bila dalam area takboleh bukak mask sesuka hati. keluar area baru boleh. marker pun kena tutup pin. takut tertembak. soft barrel pun bila dah habis game kena sarung .safety first. take a break lepas satu game satu game & bullet tu dibahagi sama rata semula. yang mati awal mestilah bullet banyak lagi kan. biar adil. bila taknak mati awal pandai-pandailah sorok muka & badan tu. cari port yang baik punya!




3rd game : Capture the flag
Round ni main amek bendera dekat tengah bawak balik base masing-masing. Mana yang dapat bawak bendera ke base dikira menang. Round ni kena main strategi. Siapa yang ditembak dikira mati tapi mati hidup boleh main semula. lepas kena tembak balik semula ke bas. lepas 5 saat boleh main balik. round ni team A. startegi diorang menjadi dengan sorang terus meluru amek bendera. tapi dapat bendera kena tembak berpusu-pusu la. bendera tu kena amek dekat mana bendera tu jatuh. tak kira la dekat mana. round ni rasanya tak patut takut takut nak keluar. sebab boleh main selagi bendera tak bawak balik base.



4th game : Zombie
ni dikira final round. paling best rasanya. sebab nak habiskan bullet. cara main tembak dekat kepala (head shot) je dikira mati. dah kena head shot balik base semula 5 saat main balik. motif utama nak habiskan bullet. so yang ni ramai yang main tembak je. nak pegi serang depan depan pun boleh. area tukar yang kecik sikit. ada dua kawasan permainan dekat sini. bila kecik port sembunyi pun susah. ni team B menang sebab 2 orang tinggal bullet tak habis lagi. Round ni sebenarnya takboleh dikira pemenangnya siapa. kalau ikut siapa bullet tak habis baik takpayah tembak kan. bila ramai dah habis bullet kau sorang je tinggal pun tak guna jugak sebab game dah habis. so terpaksa tembak pokok tanah batu dsb. kami main hampir 2 jam. semalamnya marshall cerita ada group main 10 minit je semua bullet dah habis. 

In conclusion, paintball sukan extreme yang best. we had fun. kalau ada masa nak main lagi. sebab tak puas tak dapat head shot orang. 



Monday, November 05, 2012

backpacking to KRABI ®

Trip ke Krabi, Thailand.

Trip style = Backpacking

14/9/2012 Khamis

Straight to the point perjalanan kami (7 orang) bermula pada 14/9/2012. Kami menaiki keretapi di KL sentral. tiket dibeli seminggu awal dan lewat dari itu kemungkinan tiket akan habis cepat untuk katil. Biasanya tempat duduk ada banyak available even sehari sebelumnya. Tapi takkan nak duduk lama berjam-jam. Harga satu tiket katil atas/bawah rm 52.00. Nak tengok harga tiket boleh pergi ke website ktm. Semua maklumat ada di sana. Keretapi ni akan berhenti ke Hatyai. Sebelum sampai ke Hatyai, akan berhenti di Padang Besar untuk cek passport. Bergerak dari KL Sentral dalam 9.30 malam. Makan malam dalam keretapi ada cafe jangan risau. Tapi mahal sikit. Nasi goring + air teh panas dalam rm7. Tiba di stesen Padang Besar 8 pagi (15/9/2012). Lebih kurang 12 jam perjalanan. Di sini terpaksa menunggu lama untuk naik keretapi semula ke Hatyai mungkin kerana tukar pemandu, kurangkan gerabak & kerja-kerja pembersihan. Sempat sarapan di stesen Padang Besar. Harga sarapan dalam rm4. Lebih kurang pukul 11 pagi baru bergerak ke Hatyai. Perjalanan ke sana hanya mengambil masa sejam sahaja. Pukul 12 tengahari kami sudah berada di dalam negera Thailand. Sawadekapp!

Tambang keretapi
Rm 54
Makan malam
Rm 7
Sarapan
Rm 4
Jumlah
Rm 65




15/9/2012 Jumaat

Currency RM1 = 10 bath

Setibanya di Hatyai, terus pergi ke stesen bus dengan menaiki kenderaan rasmi di Thai, Tuk Tuk namanya. Harga satu tuktuk 150 baht. Tips disini jangan terpedaya dengan agen. Dari hatyai ke Krabi boleh naik van atau bus. Agen akan tawarkan untuk naik van sebab diorang boleh kaut untung. Jangan sampai tertipu dengan agen. Memang jauh jugak kalau nak jalan kaki dari stesen keretapi ke stesen bus. Harga naik van 1200 bhat  seorang pergi balik. Tiket bas hanya 186 baht sehala. Tak pasti samada bas ke Krabi banyak atau pun tidak. Lebih kurang pukul 1 kami gerak ke Krabi. Bas ni akan berhenti kat mana mana orang nak berhenti atau naik. Separuh perjalanan bas akan berhenti di R&R. Kami sampai di Krabi dalam pukul 5 petang. Hampir 4 jam perjalanan. Naik tuktuk ke pantai Ao Nang untuk bermalam di sana. Harga satu tuktuk untuk semua orang 350 baht (50 baht seorang). 


Sampai di sana terus cari hotel/motel nak bermalam. Memang kami bernasib baik sangat, turun dari tuk tuk terus ke satu guesthouse terus stay situ. Popeye guesthouse. Dah tawar menawar memang harga sangat murah. Total 900 baht satu malam. Harga asal 300 baht untuk satu bilik. Kami sewa 2 bilik jadi 600 baht untuk 4 orang. Balance 3 orang dia caj 100 bhat seorang. 900 baht bahagi 7 seorang hanya 128 baht sahaja. MURAH!! Condition bilik tu berkipas, ada tv, ada peti ais, ada shower air panas. Siap bagi extra bed lagi. Jangan risau dekat sana memang banyak hotel/motel/guesthouse. Cuma kena pandai cari & tawar menawar. Malamnya kami jalan-jalan sekitar Ao Nang. Banyak kedai makan, kedai urut, kedai souvenir. Makanan halal jangan risau mudah nak cari. Harga utuk makan malam ikut diri sendiri la. Nak makan banyak, banyak la kena bayar. Tapi harga standard macam KL. Berbaloi dengan harga sebab sedap. Kalau dekat 7e makanan halal susah nak dapat. Malam tu jugak kami plan apa nak buat esok hari.

Total belanja pada 15hb.

Tuk-tuk dari stesen keretapi ke stesen bus
21.4 baht
Bas ke Krabi
186 baht
Makan di R&R
50 baht
Tuk-tuk dari Krabi ke Ao Nang
50 baht
Guesthouse
128.6 baht
Makan malam
70 baht( nasi + air)
Jumlah
506 baht = rm50.6


 

16/9/2012 Sabtu

Hari yang panjang! banyak aktiviti yang boleh dibuat untuk hari sabtu. So plan elok-elok dan decide sepakat. Orang kata tak lengkap kalau pegi Krabi takpegi Phi Phi Island. Nasib tak berapa baik hari tu sebab hujan. Takdapat pegi. Harga nak ke sana 1000 baht seorang. Naik bot laju. Bukan setiap masa ada. Sebab ambil masa nak ke sana. Apa yang kami dapat buat ialah island hoping 4 pulau. Ni pun jugak! 400 bath untuk seorang. Tapi naik bot panjang,bukan bot laju. Sebelum tu kami beli airmineral sekotak dan sedikit jajan. Aktiviti sepanjang island hoping snorkelling, rock climbing (200 bath), ada marine park (50 baht per entrance). Start around 9 pagi dan habis dalam pukul 3. Pulau-pulau dia cantik, airlaut sangat cantik. tapi coral tak berapa banyak sebab dah mati. Ada satu pulau rasanya dekat marine park boleh rentas dari pulau ke pulau. Ada laluan sebab ombak bertemu sesame sendiri. Petang tu turun dari bot terus cari makan. Lunch jajan apa rasa kan. Time ni memang semua melahap habis. Balik guesthouse mandi siapkan diri untuk malamnya.




Its time for shopping. Malam ni kitorang abeskan masa shopping & beli souvenirs. Kebetulan setiap malam sabtu & ahad dekat Bandar Krabi ada night market. Nak ke Bandar Krabi kena naik tuktuk lagi. Pegi balik satu tuktuk 800 baht  Dari Ao Nang ke Bandar dalam kurang 10 minit. Night market dia biasa biasa je. Macam pasar malam dekat sini sini jugak. Tapi boleh cari souviner kat sana. Untuk shopping depends dengan korang jugak nak belanja berapa. Lepas pegi night market balik semulake Ao Nang. Masa untuk rehatkan diri dengan ke kedai urut. Thai body massage hanya 200 bath sejam. Sangat masyuk & layan abes bila kena urut. Macam macam gaya tukang urut tu buat. Memang tulah style thai massage rupanya. Kalau nak buat kaki je pun boleh. Badan je pun boleh.ikutlah banyak pakej. Facial pun ada. Lepas urut tu rasa ringan giler! Selamat malam.

Sarapan
Island hoping
40 baht
400 baht
Marine park
50 baht
Rock climbing *optional*
200 baht
Jajan & air mineral
60 baht
Makan petang
100 baht
Tuk tuk ke night market (pegi-balik)
114 baht
Shopping
1500 baht
makan malam
60 baht
Thai body massage
200 baht
Guesthouse
128.6 baht
Jumlah
2852.6 baht = RM285.26





17/9/2012 Ahad

Antara aktiviti lain yang boleh buat kayak dekat area gua, mandi dekat crystal pool, clive jumping, jungle trekking, elephant trekking. So kalau tambah aktiviti tambah lagi bajet kan. Pagi siap siap nak check out. Gerak kebandar Krabi pusing-pusing Bandar naik tuktuk. Lepas tu ke stesen bus cari tiket nak balik ke Hatyai. Selamat tinggal Krabi!! Kali ni rasa nak balik rasa cepat plak sampai. Tapi hampir 4 jam jugak. 


Sampai di Hatyai dalam pukul 4 petang. Jalan-jalan di Bandar Hatyai sekejap. Plan kami nak stay di Hatyai tapi disebabkan faktor timing bus plan cancel. Bus untuk esoknya takde awal pagi. Yang ada petang. Keputusan terakhir balik hari yang sama jugak. Bas pukul 7 malam. Sampai KL sebelum subuh. Perjalanan Hatyai-KL naik bas hampir 8 jam. Lagi cepat dan murah berbanding naik keretapi.

Tuktuk ke Bandar Krabi
114 baht
Bas krabi-Hatyai
190 baht
Tuktuk hatyai ke stesen bus expres
20 baht
Bas Hatyai-KL
480 baht
Makan makan
100 baht
Total
904 baht = RM 90.4

TOTAL BAJET = RM 491.26 bundarkan RM500



 SAWADEKAPP! =)

Comments

comments powered by Disqus