Sunday, January 31, 2010

jejaka-jejaka & minah-minah kilang ®

lawatan ke kilang untuk kali ke-2.untuk Integrated Project (IP).
IP ni menggabungkan 4 subject yang aku amek semester ni.
kira satu project kena relate dengan empat-empat subject ni.
dari pemilihan material untuk buat bahan tu sehingga ke penghasilan.
termasuk jugak dengan quality yang patut dititikberatkan.
kilang yang bertuah menerima lawatan kitorang OYL Manufacturing Co Sdn Bhd
ini pun sebab ada coursemate yang dapat LI kat sana.dia yang request.
besor giler kilang ni.dekat Sg. Buloh.warna hijau.dari jauh dah nampak.
tak caya pergi kat website company.OYL tu sempena nama founder.
Tun Omar Ong Yoke Lin.kilang ni produce air-cond indoor & outdoor punya.
memang puas hati la dapat tengok macam air-cond ni dibuat.
kalau nampak/ada air-cond Acson & York kat sini la dia produce.
yang bestnya makan free.amek je apa yang nak.dia tak sediakan makanan khas
apa ada yang kat situ amek je.nanti tokey kedai claim kat company.
kalau tau awal-awal bolehlah aku tapau banyak-banyak.
masa round-round tengok process air-cond buat tak boleh tangkap gambor.
yang boleh hanya dekat show room & gallery saje.
terima kasih buat seluruh company OYL bagi chan kat kitorang.
sangat-sangat dihargai.dapat air mineral free & pen berkalender .
ingatkan dapat cap free.dapat pakai untuk lawat tempat processing je.
apa apa pun visit ni memang best.banyak input yang diperolehi.
Jaafar Onn.M.Daud Kilau.Ramlah Ram.Ziana Zain pun ada gak.
budak-budak manufac dia scandal dengan RA product yang dihasilkan makan free.cik bibie kata muka aku comel. =p sesi penghargaan lawatan ke show room bagai kera dapat bunga jejaka-jejaka hot minah-minah kilang nak balik dah macam baru dapat gaji dalam bas otw balikJO.RR.ZZ datang buat persembahan.tak ketinggalan M.Daud KIlau ma..

wahai budak-budak kelas nak download gambor boleh klik kat bawah.
ada 2 part.password nanti mintak kat aku.aku bagi kat FB.
part 1
part 2

double colon :: kena buat plak report lawatan kilang da..

Saturday, January 30, 2010

murni semurni restoran murni ®

gendang gendut tali kecapi.kenyang perut suka hati.
kenyang perut makan dengan nikmat.hati suka sebab makan free.
terima kasih kepada rakan seperjuangan kerana baik hati belanja kami 5 orang
hatinya memang murni semurni restoran murni.restoran SS2 murni kat PJ.
rasanya orang-orang KL mesti ramai yang dah pernah pegi & dengar-dengar.
dah lama aku teringin ke sini.ramai cakap makanan kat sana best-best.
memang nak try la.kelmarin baru kesempatan.expectation memang tinggi.
aku dah bayangkan rupa bentuk restoran tu macam mana.mesti cantik.
bila sampai aku tanya member aku.mana restorannya.padahal depan mata.
apa yang aku imagine tersasar jauh.macam kedai biasa je.
tapi pandangan mata aku tak kelip-kelip.tengok ramai nak mampos orang.
macam dekat up town.ramai yang beratur tunggu turn table.
memang betul apa yang aku dengar.memang ramai orang.
kalau dah pukul 10 malam.kedai yang sebelah akan tutup.
nanti dorang pasang table dekat susur jalan.dalam 20 meja.
dulu dorang cerita table lebih dari tu.sepanjang deretan kedai tu dorang pasang.
sekarang pihak MPPJ dah sound boleh pasang 20 meja je.
kitorang menunggu tak lama.dalam 10 minit lebih.
sebelum tu dorang suruh suruh pegi cawangan baru.dia bagi map.
tapi kitorang tak expert jalan kat situ.kalau sesat lagi payah.tunggu je la.
selamat la kitorang tak dress up lawa-lawa.nak pegi makan je pun kan.
siap bawa kamera tu yang tak tahan.ingatkan tempat grand-grand.
kitorang nak amek gambor ramai-ramai segan la plak.
kang orang cakap datang dari negeri mana la plak.jakon.
orang yang datang kat situ semuanya sempoi-sempoi je.
amek gambor makanan yang lazat-lazat je.memang teruja tengok makanannya.
customer kat sini sangat-sangat 1 Malaysia.chinese pun boleh tahan gak ramai.
tapi pekerjanya bukan 1 Malaysia.1 World.otak cekang.semuanya ingat.
makanan sampai lagi awal sampai dari airnya.nak petik buah kat ladang kot
yang tak bestnya kat sini takde menu.tak tahu nak makan apa.
paham-paham je la kalau tanya mat bangla.susah untuk dimengerti.
harga pun murah.aku makan lamb chop.rm15 je.air pink panther sangat sedap.
satu balang kecik rm4.sorang bawah rm20.sebab tu member aku belanja.
sebelum datang dia cakap belanja half je.bajet dia sorang rm25 sorang.
ni bawah rm25 so dia belanja semua.ni yang sayang dia lebih ni..

spaghetti meat ball
pink panther,ribena laici & honeydew
chicken marryland
spaghetti carbonara
lamb chop
memang kalau makan kat sini makan je la.
nak melepak memang susah.sebab ramai tunggu turn.
kitorang pun lepas betul-betul dah abes makan terus blah.
dah ada orang tunggu kat tepi meja dah.
banyak lagi makanan yang pelik-pelik belum dirasa.

double colon :: ramai member aku pegi camping ke Lenggong.

Thursday, January 28, 2010

I LOVE MY PET ®

KHOT.nama diinspirasikan dari member aku.
sampai ke hari ini aku tak tahu apa yang dorang maksudkan
kemungkinan HOT beerti hangat di pasaran.jadi tumpuan ramai.
tak pun HOD bermaksud hodoh untuk mengaburi pendengaran orang lain.
nama ni telah menjadi hak milik persendirian pet kesayangan aku.
aku telah bela dia sejak tahun lepas.pet aku betul-betul unique.
ramai jugak la yang mempunyai spesis pet macam apa yang aku ada.
pet aku berjantina jantan.ada tempat tinggal sendiri.
aku layan dia dengan penuh kemanjaan.setiap hari aku bagi dia makan.
setiap hari aku mandikan dia.gosok bulu-bulu dia yang bewarna hijau.
pakaikan baju yang smart-smart.jumpa spesis dia untuk berkawan.
bermain bersama-sama.kalau boring aku bawa dia pegi memancing.
petang-petang aku bawa dia berjogging ke stadium.bagi kuatkan stamina.
hujung minggu aku ajak dia berkebun.tanam pokok.petik buah.pet aku ni lebih mewah dari tuannya.macam-macam aku belikan.
sampai aku pun bingung dah banyak sangat aku beli keperluan untuk dia.
dah tak tahu nak letak barang-barang dia kat mana.dah tak muat.
setiap minggu ada je yang menarik perhatian aku untuk belikan kat Khot.

yang peliknya aku tak pernah nampak Khot mengawan.
yang dia tahu hanya hug & kiss je.lebih dari tu tak pandai.
takde la keturunan dia.takde pewaris.zuriat tak berkembang.
aku pun tak tahu asal usul Khot dari mana.
member aku yang suggestkan untuk bela Khot ni.
tapi sekarang Khot dah tak ramai kawan.kawan dia banyak yang dah hilang.
tak tahu ke mana pergi.hidup Khot pun dah semakin bosan.
tapi aku tak nak biarkan Khot hilang macam kawan-kawan dia yang lain.
aku sayang Khot sangat-sangat.ni la 1st time aku masukkan dia dalam contest.
aku harap Khot dapat diterima ramai.jangan protes.aku takde pet selain Khot.
dialah satu-satunya pet peliharaan seumur hidup aku.aku takkan bela pet lain.
nak tengok betapa aku sayang sangat kat dia.tengoklah bukti di bawah.


KHOT
aksi tengah mandi.bogel & togel.tak nampak anu.
KHOT'S HOUSE
BEACH
FARM
GARDEN
MAIN HALL
BED
KITCHEN
ENTERTAINMENT ROOM
DINNING HALL
dah tahu kan.korang ada tak pet macam aku.hahahahaha..
aku saje je.tak de pun pet yang betul-betul pet.yang real.
tak minat nak bela pet apa-apa.kucing ke.hamster ke.kiwi ke.
saje-saje je nak test masuk contest.aku rasa aku dah disqualified awal-awal.
untuk millalara & devoted lily semoga berjaya mendapat voucher yang lumayan.
dapat ajak aku makan belanja aku.banyak tu voucher.macam-macam ada.
nak join klik kat gambor yang atas sekali.

double colon :: selamat mengundi warga UKM.undilah sape-sape yang cun & hensem.

Wednesday, January 27, 2010

1 malam di rumah janda ®

seorang pemuda bernama Kassim Hebat yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya, singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu.

itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalan yang sunyi itu.

rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian.namanya Limah Power.

Limah Power mempelawa pemuda itu bermalam dirumahnya.

Kassim Hebat pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar.

selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan Limah Power masuk.

"mahukah saudara ditemani?"tanya Limah Power dengan nada yang manja.

"kalau ada yang sudi, apa salahnya!"balas Kassim Hebat dengan hati yang melonjak-lonjak.

"baguslah,"kata Limah Power pula.

"di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini.jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara,namanya Leman Kencang..."

"cis, melepasss aku!!" bisik hati Kassim Hebat.

double colon :: hari ni diajar politeness

Tuesday, January 26, 2010

rempit bukan sembarang rempit ®

pagi ahad yang lalu macam biasa bangun pagi-pagi.solat subuh.
gosok gigi tapi tak mandi lagi.pegi mamak.beli roti telur.beli Berita Minggu.
balik bilik layan HotFM30 baca paper.bukak Bintang Popular mukasurat 3.
"Adnan Sempit buat kejutan raih RM4.1juta".it's so amazing.mencarut plak.
tanpa melengahkan masa.FB,YM & HP memainkan peranan penting.
member sebelah bilik plak yang excited.padahal dah tengok.
nak tengok sekali lagi.memang tak membazir tengok katanya.
cepat-cepat buka gsc.com.my.cepat-cepat beli tiket.
memang selling fast.lantak la.duduk mendongak pun dongak la.
overall.citer ni memang best.tapi aku gelak tak macam gelak tengok My Spy.
tapi citer ni ada mesej nak disampaikan.jangan pandang orang sebelah mata.
pandang dengan kedua-dua mata.baru tahu itu pandangan apa.
jangan hina orang sembarangan.masing-masing ada maruah & harga diri.
trailer memang lawak.yang dalam trailer tula yang paling lawak.
bila time movie start aku tunggu part yang kat dalam trailer je
mesti ramai la yang terikut-ikut cakap Nan.lek ar de.
mesti ramai yang dah tengok kan.kalau tak,tak sampai la 4.1 juta..
bila time Wawa cakap "kepala kecik" lambat giler respons audiens.
dah 3 saat berlalu baru gelak.terima kasih kat Wawa jadi translator.
kalau tak aku tak perasan apa itu banana fruit 2 times.
cinta memang tak kenal pangkat & harta kan.
dimana ada kemahuan disitu ada apa yang kau mahu
paling mengiurkan lentok lentik Angah time karaoke.
memang gelek 720 degree.malam 1st je pakai kopiah.

sebelum chow >> lagi movie apa yang best now showing??

Monday, January 25, 2010

heirs of nicol ann david ®

memang aku tak ingat sangat ada exam.sebab aku enjoy bersukan.
sabtu ada Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM).
1st time aku wakil kolej dalam squash.aku sebagai pengurus & player.
last-last minute baru cukup player.ramai yang tak boleh maen.
ada hal peribadi.balik kampung.clash dengan game lain.
squash maen campuran.kira satu pingat je yang dipertandingkan.
2 player lelaki.1player pompuan.2 reserve.
sebelum start game kami dah layak secara automatik ke suku akhir.
satu kolej tak hantar wakil.so nak menentukan juara kumpulan je.
menang lawan Kolej Pendeta Zaaba (KPZ) 2-1.kami juara group A.
suku akhir lawan dengan naib juara Group B.Kolej Keris Mas (KKM)
kami berjaya kalah 3-0.menang dah agak dah kalah.
walaupun kalah tapi semangat kesukanan tu yang penting.never give up.
takpe.ni percubaan pertama.dah sampai suku akhir pun ok.
lagipun player-player kolej lain memang terer.player MASUM.
tak boleh nak buat apa la.buat apa yang termampu & yang abes baik.
tahniah team Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) yang menang pingat emas.
dorang yang tak training hari-hari pun boleh juara.
KTSN takde court khas untuk student.sebab kat tengah-tengah bandar KL.
kalau kat UKM ni free of charge nak main bila-bila masa.
budak-budak KTSN tu memang ada bakat & basic pun dah mantap.





macam mana plak ngan exam pagi tadi..
gelabah kau semalam baru start nak baca..
exam dalam kelas je.duduk takde la jauh sangat.
dah study tak pulun pandai-pandai la cover.
takde niat pun nak meniru.aku duduk belakang sekali.
dan-dan lecturer boleh duduk kat belakang.
terpanah kaku aku dibuatnya.jawab mana yang aku rasa boleh jawab.
selamat la sekejap je beliau duduk kat belakang.
selamat la exam tadi tak susah sangat.soalan recycle tahun-tahun lepas.
member aku yang baru tahu malam semalam study soalan lepas-lepas je.
3 daripada 4 soalan adalah sama dengan yang lepas-lepas.
walaupun test hanya menyumbang 5-10 % jaganlah pandang enteng.

sebelum chow >> ejaan squash dalam bahasa melayu ialah skuasy

Sunday, January 24, 2010

mana nak cari toyol ®

ya allah.mak tolong.OMG.
esok pagi baru aku tersedar ada mid sem exam
dah la tak baca satu apa pun.
sibuk dengan sukan.sibuk dengan cuti.
langsung tak ingat test.
ada 3 bab.sempat tak nak baca.
dah la betul-betul pukul 8pagi.
wahai toyol.jin.datang la padaku.
berdamping denganku wahai si mambang.
nak rebus nota, gas dah abes.
aku ingat memang ada test betul-betul lepas cuti.
bila aku tanya member dekat aku dia cakap tarikh lain.
aku mintak confirmation dari coursemate yang lain.
memang benar esok ada test.mati-mati.
sebelum chow >> jangan jadi macam aku.tak elok untuk masa depan.wasalam.bye-bye.

aku bintang paling popular ®

aku takde idea nak mengepost entry baru.kering kontang.
tapi belum sampai tahap kemarau.
nak melucah malam tadi tak mimpi basah plak.
cerita benda ni pun jadik la.
even ramai yang dah cerita sana sini pet pot pet pot.
siapa menang siapa tak layak siapa akan buat kejutan.
anugerah bintang popular 2009.benda ni memang lagho.
finalis pun boleh tahan gak.ada sedikit kejutan.
nama Rosyam Nor takde dalam finalis.sama gak ngan Erra Fazira.
bagi peluang kat anak-anak muda.bagus-bagus.orang nak yang bergetah je.
nama yang aku tak sangka masuk layak plak.
Fasha Sandha.geli mak.awwwww..Gambit.siapa ye??
aku suka Din Beramboi.tapi asal pelawak dia tak tersenarai..
dekat atas aku dah buat poll.aku dah gian buat poll dah sekarang ni.
sape nak undi.undi.klik je mana-mana yang korang rasa layak.
agak-agak Rozita Che Wan pakai dress macam mana ye.
adakah berbikini?mustahil.kena buang Malaysia baru tahu.
korang undi ke kat paper Berita Harian ngan SMS.
aku tak pernah pun mengundi seumur hidup aku.
Akademi Fantasia ke One In A Million ke Gadis Melayu ke semua tak pernah
pilihan raya kampus pernah la mengundi.satu tanggungjawab.
tapi yang mengundi boleh tahan ramai gamaknya
kalau yang kita undi menang bukannya dorang dapat belanja kita pun.
melopong dari jauh.yang dapat hanya ucapan terima kasih.
atau itupun hanya untuk kepuasan peribadi diorang.who knows..
takpun Kipas Berani Mati dorang dapat sponsor dari artis dorang.siapa tahu..
aku suka tengok dan dengar je apa yang berlaku.sekadar tahu.
kita tunggu dan lihat saje la ye nanti.

sebelum chow >> nak chow ke mana??chow kit road?pegi la..

Thursday, January 21, 2010

putus keputusan diputuskan ®

setelah beberapa hari merayau di Johor Bahru (JB)
akhirnya aku kembali ke UKM.walau cuti aku tak digunakan abes lagi.
seronok jalan-jalan di JB walau.padahal biasa je.dah bosan dah.
selama aku di sana aku sempat melakukan apa yang aku nak buat.
seperti yang aku bagitau aku nak pegi kilang Kraft Food.
nak sain MoU pasal praktikal kat sana.aku dah sain dah surat perjanjian.
aku buat keputusan praktikal kat sana je.
nak kata dekat ngan rumah tak la jugak.dalam setengah jam.
kiang aku dekat dengan Plaza Angsan dan Danga Bay.
betul-betul tepi jalan.setakat ni aku tak tahu short cut paling dekat.
hari tu pun ayah aku datang JB.sebab ada hal.singgah uma akak aku.
ayah aku hantar aku,dia terus balik.aku balik naik bus.parents aku nak gi keje.
dari luar kilang dah bau dah biskut-biskut.sedap.enak.
aku kena melaporkan diri pada 5 April 2010.kena berpakaian formal.

esoknya pulak aku pergi ke UTM.aku main redah je.
gerak pun lambat.lepak pun sekejap je la.
aku jumpa member-member sekolah lama aku.ada yang 5tahun tak jumpa.
tapi raut muka tak banyak berubah.perangai pun lebih kurang jugak.
ada dalam 7 orang yang aku sempat jumpa.nak jumpa blogger pun tak sempat.
dorang segan nak jumpa aku katanya.malu-malu plak.Sha & Green.
lagipun budak-budak engineering ramai yang test esoknya.
nanti lupa plak apa yang dah study bila dah jumpa aku.
aku pun tak sempat explore UTM banyak-banyak.
ni 2nd time aku pegi UTM.1st sekali kalau tak silap time cousin aku grad.
masa tu aku darjah bape pun tak ingat.tapi UKM tetap best lagi. =)
aku sempat lepak kat K9.main tennis.lepak bilik JKM.
sebelum balik member aku belanja chicken chop.ciput je ayamnya.
orang belanja makan je la.banyak songeh plak.
keputusan yang seterusnya pasal disqus.sebanyak 54 undian telah dibuat.
81% mengatakan setuju & 19% mengatakan tidak setuju.
tambahan dengan desakan dari abang-abang bangkai, aku excited nak pasang
ni tak tahu la menjadi ke tak.aku ikut panduan di blog Jard.
bila dia mention "jgn risau laa....... blog kamu tak ilang....... =)" aku dah risau.
aku harap menjadi la.dah teliti dah aku buat.test power.testing.testing.
memang tak jadi entry sebelum ni.tak caya tengok sendiri.ni dah ok rasanya.

sebelum chow >> "hujan lebat mencurah kini.bagaikan tiada henti......"

keputusan telah diputuskan ®

setelah beberapa hari merayau di Johor Bahru (JB)
akhirnya aku kembali ke UKM.walau cuti aku tak digunakan abes lagi.
seronok jalan-jalan di JB walau.padahal biasa je.dah bosan dah.
selama aku di sana aku sempat melakukan apa yang aku nak buat.
seperti yang aku bagitau aku nak pegi kilang Kraft Food.
nak sain MoU pasal praktikal kat sana.aku dah sain dah surat perjanjian.
aku buat keputusan praktikal kat sana je.
nak kata dekat ngan rumah tak la jugak.dalam setengah jam.
kiang aku dekat dengan Plaza Angsan dan Danga Bay.
betul-betul tepi jalan.setakat ni aku tak tahu short cut paling dekat.
hari tu pun ayah aku datang JB.sebab ada hal.singgah uma akak aku.
ayah aku hantar aku,dia terus balik.aku balik naik bus.parents aku nak gi keje.
dari luar kilang dah bau dah biskut-biskut.sedap.enak.
aku kena melaporkan diri pada 5 April 2010.kena berpakaian formal.

esoknya pulak aku pergi ke UTM.aku main redah je.
gerak pun lambat.lepak pun sekejap je la.
aku jumpa member-member sekolah lama aku.ada yang 5tahun tak jumpa.
tapi raut muka tak banyak berubah.perangai pun lebih kurang jugak.
ada dalam 7 orang yang aku sempat jumpa.nak jumpa blogger pun tak sempat.
dorang segan nak jumpa aku katanya.malu-malu plak.Sha & Green.
lagipun budak-budak engineering ramai yang test esoknya.
nanti lupa plak apa yang dah study bila dah jumpa aku.
aku pun tak sempat explore UTM banyak-banyak.
ni 2nd time aku pegi UTM.1st sekali kalau tak silap time cousin aku grad.
masa tu aku darjah bape pun tak ingat.tapi UKM tetap best lagi. =)
aku sempat lepak kat K9.main tennis.lepak bilik JKM.
sebelum balik member aku belanja chicken chop.ciput je ayamnya.
orang belanja makan je la.banyak songeh plak.
keputusan yang seterusnya pasal disqus.sebanyak 54 undian telah dibuat.
81% mengatakan setuju & 19% mengatakan tidak setuju.
tambahan dengan desakan dari abang-abang bangkai, aku excited nak pasang
ni tak tahu la menjadi ke tak.aku ikut panduan di blog Jard.
bila dia mention "jgn risau laa....... blog kamu tak ilang....... =)" aku dah risau.
aku harap menjadi la.dah teliti dah aku buat.test power.testing.testing.

sebelum chow >> "hujan lebat mencurah kini.bagaikan tiada henti......"

Monday, January 18, 2010

fun at the peak! ®

hujung minggu penuh dengan perjalanan.hari sabtu ke Air Terjun Sungai Gabai.
hari Ahad ke mana?Genting Highland Theme Park.tiket on the spot beli.
padahal masa hari sabtu ajak-ajak ayam je.planning last minute memang menjadi
tapi ayam tak nak pegi.kitorang berlima.naik bus dari Hentian Kajang.
naik bus senang.semua ada disediakan.satu pakej.planning naik kete.
kete cousin aku masuk workshop plak.cepat siot sampai.1jam je.
kitorang pilih outdoor theme park.baru gempark..Genting Skyway (cable car).lama & panjang .dalam 11 minit.
sampai pintu masuk tak tahu nak main yang mana satu.
setelah meronda-ronda kami decide main Flying Coaster.1st game.
yang ni kena bayar asing.rm10 per person.
dah macam Superman.terbang tunggang terbalik.
aku menjerit sekuat hati.member aku cuak.dia ingat aku menangis.
2nd game naik Pirate Ship.yang ni bagi aku macam naik buai.
ni je la yang games yang kitorang boleh tangkap gambar sambil bermain.
3rd game main Bumper Boat.semua nak attack aku.
basah sikit je la.air terpercik masuk dalam boat.basah bontot.
4th game.Corkscrew a.k.a roller coaster.lebih gerun dari Flying Coaster.
nak-nak time dia menuruni cerun.mengucap panjang aku.
sebelum next game.tarik nafas dulu.lepak-lepak jap.
5th game.paling menakutkan nak naik.Space Shot.
tengok dari jauh dah.tambah bila bayangkan kat atas tu.nauzubillah.
hati aku tekad redha & tabah.lantak la apa nak jadi.janji nak rasa.
nak rasa sangat.amek kau.saat kat atas tu yang paling menakutkan.
rasa bagai mati hidup semula.nak-nak time betul-betul nak jatuh.
bontot tak cecah seat.tapi bukan diawang-awangan.sumpah.
tak terucap apa-apa time tu.nak mengucap pun tak sempat.tergamam.
halkum.jantung.hati.hempedu.paru-paru.ginjal.testis.semua tertinggal kat atas.
geleng kepala bila aku ingat saat & ketika itu.kecut perut.
lepas ni kalau ada orang ajak naik kena pikir sejuta kali.
masa turn kitorang nak berlepas ke angkasa.ada 1 seat kosong lagi.
staff kat situ offer sape naik sekarang boleh naik lagi.2 times.
memang boleh kan naik banyak kali.sape nak tak nak je.
tu pun kalau korang sanggup beratur lama.queue panjang.main sekejap.
lepas abis Space Shot semua geleng-geleng kepala.
sesi meluahkan perasaan time naik binatang yang berketinggian 185 kaki.
6th game.3 orang je yang naik.Spinner.yang pusing-pusing.
yang 2 orang lagi dah pening-pening dah akibat Space Shot.
naik Spinner makin pening kepala.yang baru terasa diawang-awangan.
semua dah lapar.KFC time.kena patah balik.
abis makan main patah balik semula.main 7th game.
game yang paling menguji emosi & mental.Pirate Train.
ingatkan nak la menjerit-jerit tengok hantu pontianak kuntilanak.
habuk pun tarak.aku pun tak tahu la apa motif Pirate Train ni buat.
letak budak kecik sorang-sorang pun kuar dia mesti gelak.
game-game lain tak sempat nak main.ingat nak main Sungai Rejang Flume Ride.
yang main gelongsor air.basah terus balik.tapi tengok jam memang tak sempat.
time tu dah 5.30pm.bus 6.30pm.bus gerak on time.kem salam je la.
lain kali kalau nak main semua stay hotel atau datang pagi-pagi.
yang penting terasa hidup di Belgium.dengan kabus awannya.
bila cakap kuar asap dari mulut.hah.. (asap kuar dari mulut).jakon.

saksikanlah deretan gambar-gambar mengikut perjalanan dari sampai di kaki genting sehingga pulang.gambar semasa main Bumper Boat tiada.harap maklum.takut kamera masuk air.


excited!
dekat platform genting skyway
on the way.why are you so serious??
cabin view
dah sampai ke puncak

lelaki pun suka gambar dekat cermin
mencari destinasi pertama
Flying Coaster
Terminal Bus
mabuk laut naik kapal
mana satu kamera ni??
kegirangan selepas naik Pirate Ship
selepas naik Pirate Ship
sebelum naik Corkscrew
selepas naik Corkscrew
selepas naik Corkscrew 2
selepas naik Corkscrew 3
Space Shot
Lepas naik Space Shot
Spinner.
Terbang bersama Spinner

Pirate Train
sebelum departure Genting Skyway.bye-bye Genting.

syok.best.hujung minngu yang enjoy.nak pegi lagi.
mana tak keturunan Goh Tong tak kaya.hari-hari penuh dengan orang.

sebelum chow >> duit aku hilang.bila pikir balik rupanya dah guna time kat Genting.

Comments

comments powered by Disqus