Saturday, October 31, 2009

sedut dalam-dalam ®

malasnya nak study.ngantok menguasai dunia.
jangan biarkan diri aku diselubungi kemengantokkan
syaitan yang bergayut di bulu mataku sila main buai jauh-jauh

sekarang ni aku tengah mensedut movie-movie
aku nak layan sampai bengkak bontot
bila exam aku dah tamat
aku nak tengok movie yang ada sekuel
ada suggestion tak movie apa yang best-best
sekarang ni tengah menyedut Harry Potter sampai yang ke-6
ni antara yang aku nak muat turun secara berjemaah
  1. Harry Potter
  2. Pirate of The Caribbean
  3. Shrek
  4. X-men
ada cadangan????apa lagi yang syok???
walau dah ada yang dah tengok tetap nak layan jugak
download guna IDM laju giler
kalah Usain Bolt bila lari 1500 meter
dulu aku pakai DAP.tapi IDM lagi laju.
aku tak reti sedut pakai Torrent.
file yang 100MB boleh siap dalam masa 1jam
dalam masa 1jam tu boleh study 2,3 chapters
dalam satu jam jugak tido tak puas

sebelum kaki melangkah ---> takziah buat family Adam =(

Thursday, October 29, 2009

unrated version ®

ni antara video terbaik kami
kali ini dah tukar vocalist
vocalist dulu tak boleh pakai.pitching ke Pluto.
vocalist baru macam Lisa Surihani plak.huhu..
apa-apa pun rock the world!!yeah!!!
dalam arkib ada 8 lapan lagi video yang direcord
tapi aku tak nak upload and post semua
takut blog aku dibanned
dan kami juga tak mahu mencabar sesiapa
cukup lah sekadar introduction je
kang dah beri peha nak betis pulak
tak cukup betis lubang pusat nak jugak.susah kami.

aku tengok semua video kitorang dah macam layan Spontan
ketawa berguling-guling sampai berjujuran air mata
aku pun tak sanggup tengok aksi kami yang mengghairahkan
sesiapa yang tak boleh study or tidur malam
layan lah video-video yang aku dah upload.



anyway aku semakin risau dengan time table study aku
nak menghadapi paper major course aku
yang berderet-deret macam rumah berek polis

sebelum kaki melangkah ---> enjoy the show!!aku nak ke gym.latihan stamina.
nanti pancit time jamming susah. =)

Monday, October 26, 2009

sila lihat sebelah ®

hari ini exam budak-budak UKM start
budak-budak u lain aku tak sure
tak kisah la start bila-bila pun
aku nak wish good luck kepada semua
selamat menduduki peperiksaan
aku nak mintak maaf banyak-banyak
halalkan makan minum dan segalanya
supaya mendapat apa ya anak-anak "keberkatan"
bila tak dapat jawab
SILA LIHAT SEBELAH
untuk soalan seterusnya. =)
doakan kejayaan bersama
semoga apa yang ditarget tercapai

pandang belakang boleh tapi jangan fikir kebelakang.

sebelum kaki melangkah ---> kalau aku tak post comment dekat entry korang bermakna aku tengah tidur sebab penat study = D

Saturday, October 24, 2009

KRU super junior ®

AMARAN!!
entry ni sangat-sangat meloyakan & menakutkan


setelah beberapa hari video ini diperam
kini telah selamat diupload di u tube
upload guna blog lambat giler macam babi nak mampos

sebenarnya inilah band pelapis yang dicari selama ini
industri muzik tanah air ketandusan band yang berbakat
kalau macam PARAXIXTH dia berbakat menjadi pelakon
terimalah persembahan dari RENYAI band
bila nak view or nak dengar
pasang speaker kuat-kuat
biar satu kampung dengar




aku tak mahu comment pape
korang semua yang berhak menilainya
mana-mana recording company yang berminat
silalah contact sape yang mengenali aku ini
tinggalkan comment di chat box pun dah mencukupi

aktiviti merecord lagu atau mengsumbangkan lagu
dirakamkan di mini studio kami
kepada Ahh Fatt inilah apa yang aku nak tunjuk
ada beran???
kepada KRU jangan tergugat kepada kami ye
kalau tergugat pilihlah sebagai artis naungan KRU Records
sekian.kalau tak puas hati
libas laju-laju laptop korang sampai video ni tak boleh play

sebelum kaki melangkah ---> ada lagi simpanan rakaman yang belum dipublish di mana-mana.korang semua adalah orang yang paling bertuah sekali.

Friday, October 23, 2009

kesampaian ®

tenang dan segar bugar di pagi jumaat
padahal tak cukup tidur
abes main futsal pagi tadi pukul 4 lebih baru boleh tidur
senang je nak tidur.study.lepas bape minit tertidur la.
tips untuk orang yang imsonia.
tadi bangun pukul 8 pagi.ingin mengotakan janji semalam.



semalam petang teringin sangat nak makan putu mayam (PM)
ada satu maple ada jual makanan ni.
excited.sebab lama dah tak makan PM.
kalau kat tempat aku senang nak jumpa.
keturunan aku suka makan time breakfast.
nak ikut cerita semalam aku iya-iya la order.
ane tu kata ada.riak gembira terpancar dari muka aku.
lama jugak la menunggu.
padahal simple je nak sediakan PM.
tak puas hati tanya ane yang lain.
dia kata PM jual pada waktu monink saja.
dah tu kenapa ane yang 1st cakap ada.
takkan dia simpan yang pagi tadi punya???musykil.
time tu jugak aku order side order.mee goreng mamak.

bila dah lama kat situ.tiba-tiba..
2 pinggan murtabak ayam (MA) sampai.
sape pulak yang kaya ni order MA.
"ane silap meja".
"bukan ini meja kah yang order sekali dengan teh o ice??"
"eh takde-takde.kami order PM"
ane tu tak puas hati.sesi perbalahan bermula.
ane yang 1st itu kalah.padan muka kau!
lepas tu boleh pulak dia tanya.PM?
seolah-olah tidak kenal apa itu PM.
bodoh punya ane yang 1st.
PM pun tak kenal!dah berapa tahun hidup??
sape yang tak kenal PM samelah dengan ane yang 1st tu.
sampai kitorang blah dia tetap tak puas hati.
asyik pandang-pandang jeling-jeling kat table kitorang.
sebab tu aku jarang sama sekali lepak maple ni.
service tak bagus.takde discount.
muka ane semua ketat-ketat.
lepas ni aku nak makan PM je aku datang situ.
walhal bukan sedap sangat dia buat.keras.
tapi yang penting hajat dah kesampaian.

sebelum kaki melangkah ---> sorry kepada bloggers-bloggers.tak sempat nak comment-comment.nak post entry pasal rakaman video musik band aku pun tak sempat.lambat giler nak upload.tapi aku ku cuba untuk upload di sini.

Wednesday, October 21, 2009

D.U.I.T ®

minggu study week sudah lama bermula
aku baru terkapai-kapai nak study
orang lain dah berpuluh-puluh bab abes
exam start next week dah
sepatutnya dah takde dah masa nak bermain-main
tapi disebabkan sikap aku yang macam ni.malas.
sebab aku dah mula rasakan penat dah study.
life student memang best.kalau best jika takde exam assignment.
tak tenang nak study kalau tak buat benda yang selalu buat

ni jadual exam aku.yang ni buat cukup syarat je.
nak sahkan subject nak masuk final nanti.
lega aku bila tengok jadual macam ni.
study tak perlu tension-tension.rileks-rileks.
major course aku ada gap seminggu.
so ada masa banyak nak improve knowledge

tapi bila dapat slip yang sebenar.terkejut gorilla aku.
mana tak.subject yang gap seminggu tu dikedepankan seminggu.
bertubi-tubi exam aku.2, 3, 4hb.
kalau hari ini exam pendidikan islam,esok matematik
lusa kajian tempatan takpe la jugak

ni paper macam taik.
bagi sepuluh kali jawab pun jawapan aku tetap sama.

apa yang aku belajar selama ni.
bab jadual ni pihak fakulti yang merancang,tapi Allah yang tentukan
tak payah nak mengomen sebab orang yang tak berjaya
adalah orang selalu bagi banyak alasan

buatlah apa yang aku termampu dan cuba sehabis mungkin.
teringinkan zaman-zaman exam masa sekolah.
semuanya betul-betul sedar.dengan solat hajat.
kelas tambahan.gerak gempur.

tapi sekarang???

Tuesday, October 20, 2009

ketenangan ®

takde cari keje.menukar segala bagai macam.
inilah hasil nya.aku puas hati.looks nature.
tenang sikit jiwa yang gundah gulana memikirkan pasal exam.
sebenarnya mencari mood nak study.
selagi under renovation selagi tulah aku tak boleh focus study.
banyak jugak la yang aku explore benda baru.
semua search & buat sendiri.
dulu biru kini hijau.salah satu color favorite aku.
comment pun dah pulih seperti sedia kala.
tapi aku nak try guna Disqus kalau ada orang yang boleh tolong aku.
kalau tukar template or background macam-macam benda sebelum ni hilang.
sabar je la.

sekarang ni tak boleh tido.
setelah tertido masa study.study hanya beberapa minit.
tido lebih berminit-minit.

Monday, October 19, 2009

raya-deepa ®

open house yang terakhir.di akhir bulan syawal.
boleh assume open house deepavali.
tuan rumah memang nak buat sempena deepavali.
makcik jangan marah.kalau anak makcik takpe.
rumah coursemate aku.hazirah aka nyah akak awek cung.

kali ni ramai.bertambah dari hari tu.
maybe sebab hujung minggu.
dalam 5bijik kete yang gerak.
aku sekali lagi naik kete yang tak perlu bayar tol.

makanan sungguh sedap sekali.nasi ayam cecah kuah kacang.
sampai nasi sudah kehabisan.tak sempat nak tampi padi.
tengok la perut-perut yang datang.siap ada spare bag lagi.
sebelum balik sempat mendajal.
aku ngan da'os curi-curi ambek gambar hazirah time kecik-kecik.
memang tak dinafikan beliau memang dilahirkan sebagai seorang jelitawan
thanks hazirah.kem salam adik kau & geng-geng gigi besi
dorang memang cun melecung ;p

hari ni last syawal.
sedih meninggalkan syawal.
ada open shop yang nak kena serbu kejap lagi.
tak sabar nak makan satay goreng.
semoga berjumpa lagi next syawal.

pesanan mak mertua ---> If I had only one friend left, i'd want it to be you

tangan gatal ®

blog aku dah tak boleh comment??
ni mesti gara-gara tangan aku yang gatal.
aku mula-mula ternampak blog orang lain.
comment dia,dia pakai Disqus.
aku tengok macam menarik je la.
aku ikut je la segala benda yang dia suruh buat.
dah install kat blog aku.jadi.aku suka.baru post new entry.
tunggu jadi tak orang comment.boleh reply dekat comment orang tu.
lepas tu si Jard bagitau susah nak comment.
aku apa lagi malas nak menyusahkan blogger yang selalu comment.
aku tukar revert balik ke comment yang asal.
tetiba plak tak kuar Post A Comment.
ada la juga blogger lain tanya apsal tak boleh comment.
ni yang membuatkan aku nak tukar template.
tapi aku akan cuba sedaya yang mungkin.
aku tak akan give up.kalau tak kuar jugak
korang comment la kat chat box.
aku tak salahkan orang yang pakai Disqus tu.
aku buat bukan tanya orang pun.main buat sendiri je.
sekarang ni tengah berusaha untuk memulihkan balik.

Saturday, October 17, 2009

kasih nur tertinggal ®

aku kembali kerana masih mencari yang hakiki
sinar pasti janji suci yang abadi
nur nur ya nur kasih.nur ya nur kasih
nur nur kasih.nur kasih....


aku rasa ramai gila pengikut setia drama ni
tak kira usia.baik lelaki mahupun perempuan.
aku dah mula terpengaruh.
orang sekeliling aku asyik cakap citer pasal drama ni je
sekarang aku dah layan.baru episode 05.
banyak lagi episode.dah download da semua episode.
aku nak marathon.time study week jugak.
hari-hari biasa tak nak tengok.student.busy.klise..
tak boleh juga study 24/7.pressure.
nilah salah satu caranya.lagipun aku bukan kaki study.
sem lepas layan heroes.

penangan nur kasih.
member kepada member aku lelaki.tengok samapi menangis.
aku tengok pun dah berair mata.
tercalar ego aku sebagai lelaki maskulin.
touching.bab-bab parents memang aku tak boleh tahan.
nasib baik tengok sorang-sorang.takde yang nampak.
lepas ni mesti ada parents yang namakan anak dorang nur amina, aidil
dekat FB pun ada quiz pasal drama ni.
watak mana yang sesuai dengan diri anda.
aku nak tengok cerita ni sebab ada Umi Nazeera.
walau dalam citer ni dia gedik tapi still cute. =)

petang tadi lepas catering.job sambilan.
buka FB terkejut dengan satu news.
adik member baik aku meninggal dunia.
ezwan jalil.adik dia humairah jalil.
meninggal dunia disebabkan semput.
sedekahkan alfatihah untuk roh almarhumah
semoga ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.amiiiin..

pesanan mak mertua ---> When I'm hungry, I eat. When I'm thirsty, I drink. When I feel like saying something, I say it.

Friday, October 16, 2009

terbang tinggi ®

ku ingin terbang tinggi di awan
bersama bintang bersama bulan
.........................

lagi satu tv series yang aku tengok
sequel awan dania.sekarang musim ke-2
layan tengok kat web VideoKL
laju sikit.kalau kat you tube lambat loading.
aku rasa awan dania 1 lagi best
sebab dia keje dengan Air Asia.
pelakon dia ramai yang best-best.suka tengok Umi Nazeera.
season 2 ramai pelakon baru-baru.ramai tak kenal.
hero dia lagi la aku menyampah.jehan miskin.
kenapa la dia jadi hero dalam citer ni???
janji ada Scha Alyahyah.aku suka dengan character Dania.
kalau awek aku macam dia memang aku suka.
sekarang ni episode 3.sempat nak layan lagi.
kalau dah lambat follow tak best.
season 2 ni jalan cerita makin banyak lawak dan kesengalan.
time bosan la melayan benda-benda macam ni.

pesanan mak mertua ---> Sometimes you have to be a bitch to get things done

Thursday, October 15, 2009

dunia maya ®

walaupun dah lepas presentation
tapi aku tak puas hati.sebab kurang preparation
malas nak salahkan sesiapa.salahkan diri sendiri je la.
kalau aku dah tak puas hati
macam-macam aku nak buat
nak jalan-jalan seluruh dunia.nak beli macam-macam
nak makan macam-macam.nasib baik duit tak banyak.
kalau tak semua aku dah buat!!!


salah satunya aku buat beli surat khabar.
kan ketidakpuashatian dah hilang.magic!!
baca online tak best!!!paper berita harian favorite.
tak baca satu-satu.tak baca dengan khusyuk.
main skip-skip.tengok mana tajuk yang best-best.
kalau beli boleh tengok & baca puas-puas..
kalau hujung minggu aku memang akan beli.
bangun awal pagi.mandi.kemas bilik.
pegi kedai mamak makan roti telur + teh tarik
lepas tu beli Berita Minggu.layan...

pesanan mak mertua ---> If the facts don't fit the theory, change the facts

Tuesday, October 13, 2009

sebulan beraya ®

pegi beraya lagi.minggu ni rumah coursemate
rumah akid & rumah pali
gerak malam.dalam 8 lebih.gerak 4 kereta
sampai tol sungai besi 2 kereta terpisah
pandai-pandai la dorang gerak ke Kubu Gajah
aku merasai new experience
lalu tol tapi tak bayar
2 kali lalu tol tapi tak bayar
jimat duit tol kitorang.
tapi siapa-siapa yang tak berani jangan cuba

rumah akid
macam nak hantar rombongan meminang plak
sedondon.pink sama pink.
semua melantak kat sini
semua tak makan malam lagi
belasah la mee goreng,nasi lemak
rambutan & anggur


rumah pali.dekat selayang
kesian kitorang tengok family dia
menunggu ketibaan kitorang
lama jugak parents dia menunggu
gerak dari rumah akid dalam 10 lebih
sebab planning nak gi rumah akid je
alang-alang on the way nak balik
lalu rumah pali.apa salahnya
tak rugi singgah sebab ada cocktail.sedap...


pesanan mak mertua ---> A hug is worth a thousand words. A friend is worth more

Monday, October 12, 2009

papaku saadom ®

memang tak dinafikan lagi
memang layak untuk menang Filem Terbaik
aku menanti agak lama untuk menonton filem ni
excited giler aku nak tengok citer ni
semalam baru berkesempatan
aku pegi ngan member sekolej
planning pegi 3 orang
masa nak gerak ada lagi 5 orang yang pegi sekali
aku nak kete member kepada member aku
gelabah sebab motor takde.motor member aku pun banyak rosak
motor aku buat hal lagi.aku biarkan je.dari hari khamis.
tak kesah sape yang pegi dan naik apa
yang penting aku dapat tengok

yang tak bestnya
kitorang masuk lambat
sebab sampai lambat
parking penuh kat alamanda.
kitorang masuk time munn da beranak

overall citer memang best sangat-sangat
tip-top.marvelous.excellent.
memang akan gelak setiap masa
bila time part sedih memang sedih
tapi rasa feel sedih sekejap je
sebab lepas dia bersedih terus berlawak
dalam sedih-sedih pun sempat berlawak
walau citer ni lama dalam 2 jam lebih sikit
korang takkan rasa lama
rasa biar la 1jam lagi
sampai esok pun takpe

banyak giler scene yang best
yang aku tak boleh blah yang last sekali
ending time credit.
jangan blah awal-awal kalau tak rugi
aku syorkan pergilah tengok
support industri filem tempatan.

kalau nak rasa kepuasan
pergilah panggung wayang yang berdekatan
sekarang!!!!

pesanan mak mertua ---> The happiest moments of my life have been the few which I have passed at home in the bosom of my family

Sunday, October 11, 2009

bukan monopoli ®

semalam berlangsungnya
cabaran catur bistari institusi pengajian tinggi
peringkat kebangsaan 2009
kebangsaan tu!!alah.member aku je yang handle program ni.
nama aku pun dipick secara tiba-tiba.
masuk jelah.lagipun semua free ;p

catur bistari??ni bukan catur.
bukan juga monopoli.
dia macam monopoli tapi semua cara permainan semua beza dengan monopoli
cuma yang sama ada dadu,kad,duit,gundu
ni la 1st time aku main benda alah ni
memang tak paham langsung masa member aku ajar
sekarang dah boleh lah sikit-sikit

masa game ni start memang kelam kabut giler
memang giler babi la
masa register nama aku boleh plak jadi BANKER
banker ni orang jaga keluar masuk duit
aku sebenarnya jadi player
banker group aku termasuk group lain plak
lepas tu sorang player group aku buat hal plak
dia tak nak main plak.
last-last minute baru nak cakap!****
kalau tak cukup sah-sah kena disqualified
jenuh ketua group aku mencari replacement
call budak tu banyak kali pun tak nak angkat
kalau tak nak bagitau awal-awal.tak payah menyusahkan orang lain.
roomate ketua group aku juga yang kena main

nak start game lagilah
aku gelabah giler
awek sebelah aku yang tenangkan aku
cun babe awek sebelah aku
aku apalagi cover la macho.macam dah pernah main.
tak boleh jugak.dia datang kat meja aku tolong susun apa yang patut.
segan giler!!dia dari UMK.
dia beritahu apa yang basic.
apa yang aku tak paham aku tanya dia.;p

game start je aku dah blur.
senang cakap sampai game abes pun aku still blur lagi
aku suruh palyer-player yang handle game
kalau nak mintak duit je mintak ngan aku
dorang kira sendiri.lantak la bape banyak dorang mintak.
duit kat bank banyak.jujur sesama sendiri.

abes game.ada ceramah.
tapi malas nak pegi.
amek makanan Ayamas makan terus balik.
nak tunggu penyampaian hadiah macam takde harapan nak menang.
singgah court futsal tengok Kosmo Varsiti Futsal.
tahniah buat group UKM yang menang walau dpat no7.
share-share la ye hadiah.hahaha..
kepada group aku table 67 keep in touch.

pesanan mak mertua ---> memupuk hikmah bisnes

Friday, October 09, 2009

century ®

seperti yang dijanjikan
inilah award yang aku nak bagi
kepada follower aku yang ke-100
congratulation buat azmila azman
semoga award ni serba sedikit dapat mengubati hatimu yang luka
be strong ye milla!!!
award aku create awal dah
masa aku dah ada 99 followers
nak menunggu yang ke-100 pun lama gak la
tapi takde la lama sangat
aku biarkan je
sementara menunggu orang yang ke-100 ni
aku tak jadi follower blog lain
kalau aku jadi follow mesti orang tu follow balik
so aku biarkan saje
lepas ni boleh sambung mengfollow blog-blog yang lain

kepada 99orang yang dah follow sebelum ni
jangan kecik hati
idea ni terlintas pun sebab saje-saje
nampak la semangat kebloggan
thanks kepada semua followers
lepas ni aku menanti yang ke-150

pesanan mak mertua --> Friendship is like a violin; the music may stop now and then, but the strings will last forever

Comments

comments powered by Disqus