Monday, August 31, 2009

mujur ®

hari ni buka taste tinggi cikit
member aku ajak makan kat pizza hut
ajak 3jam sebelum berbuka
aku ikut je la
sampai kat WARTA bangi pizza hut temporary closed!!!
lambat sangat datang.full reserved.mana tak,kol 6.30 baru sampai.
tempatnya bukan besar sangat.
bingung dah time tu nak makan kat mana
member aku nak juga makan pizza
makan pizza (rm1.50) bazar sudeh..huhu..takde feel..
lalu mentol menyala atas kepala aku.kleeeeeng..
aku suggest buka kat san francisco pizza
dekat seksyen 9 bangi
sampai tengok table semua full reserved gak.
keciwa hati kami.time tue dah 6.45 dah.
dah nak blah dah cari port lain
pas 2 ada waiter yang panggil cakap ada satu table kosong
mujur lah ada.alhamdulillah.mujur kami 3 orang je.
kalau ramai buka kat bilik je la.
lagipun ni 1st time kami makan pizza san francisco
yang kureng sebab takde order set.kalau set jimat cikit.
itulah apa yang kami order & makan
sungguh kenyang sekali.sedap pun boleh tahan
kali ni takde orang yang belanja membelanja.duit sendiri2.
pas ni nak try chips & chops kat kg baru.yang ni ada orang nak belanja.
tapi tak tahu nak pegi bila.maybe weekend ni..

Sunday, August 30, 2009

jiwa remaja ®

  • baginda
  • gemerlapan
  • klu
aku suka tengok movie melayu ni banyak2 kali
tak bosan even berjuta2 kali tengok
movie ni semua area tahun 90-an
kalau kat astro takde cerita layan movie ni pun takpe
aku suka jalan cerita dia
budak2 sangat nakal
jiwa remaja katakan
ye la masa kecik2 mana tau benda tu semua
sekarang dekat u baru tau nape dorang macam tu
nak enjoy!!time kat sekolah lain.
kat u pun lain.
pemikiran pun dah lain.
kena sesuaikan ikut keadaan.
bila dah besar perangai kena lah jadi macam student u
kalau ada geng yang sekepala lagi la best
masyuk!layan!!
mendajal la kejenya..
bukan buat jahat tapi gurau senda je.
keep tight your precious moment.


MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Saturday, August 29, 2009

juadah berbuka ®

tag ni berasal dari amalina hamsan a.k.a miss siv
tag ni telah berpuasa 4 hari
sorry mal lambat buat
sebok ngan midterm & bergunung2 assignment

1)anda rasa anda hot?
ramai yang cakap aku macam tu.apa aku boleh buat.tak mampu berkata apa-apa.mulut orang tak boleh tutup ;p

2)upload photo kegemaran anda

3)mengapa anda suka photo ini?
pregnant.bukan aku suka pregnant.apa kejadahnya.photo ni sangat creative.bukan manusia je boleh pregnant.aliens boleh.awan boleh.kacang peas pun boleh.wallapaper by vladstudio.

4)bila kali terakhir anda makan pizza?
waktu berbuka semalam.ngecek member aku.dia beli kat bazar.rm1.50.sedap!!

5)lagu terakhir anda dengar
Cobra Starship feat Leighton Meester by Good Girls Go Bad.dengar masa buat tag ni.

6)apa yang anda buat selain membuat tag ni??
dengar lagu Cobra Starship feat Leighton Meester - Good Girls Go Bad.layan!!!

7)selain dari nama sendiri,anda suka dipanggil nama apa
EFUL.nama ni dapat masa jadi volunteer AUG 08.member team aku yang panggil.pendekkan cerita sebab kitorang interview zaiful zainal abidin.atlet olahraga 400m malaysia.aku sorang je yang cham dia.dia bahasakan diri dia eful.tapi aku bukan klon dia.

8)tag lagi 6 orang
  1. rafiq akmal
  2. milla
  3. leafareesya
  4. safwan (wiwit)
  5. syarinie amran
  6. ekin jamal
9)siapa no1 bagi anda
junior sekolah aku.pandai berbahas.aku hantar lawyer aku je kalau nak berdebat dengan dia.
active berdebat sampai sekarang.

10)orang ke-3 ada hubungan dengan siapa?
dari sudut pandangan mata kasar--> she is in a relationship with farid.true or not??

11)katakan sesuatu berkenaan no 5
mendapat chat layang dari viewer blog dia.sabar2..dia tue yang takde perasaan.suka hati mak bapak dia je nak kutuk orang.bulan puasa ni wei.mulut tangan kena puasa gak!!manusia2..

12)no 4??
baru buat blog.tetulang empat kerat.

13)siapa orang no 2?
semalam dia berbuka kfc.aku nampak dia mengendong berplastik2 kfc.bersusah payah mendapatkan kfc.1st time naik bas mini berticket rm0.80."belajar hidup susah".esok g mcd try la naek beca.

14)bagi pesanan kat orang no 6
jaga UM elok2.haha.selamat berpuasa & selamat becoming hari raya.jom buka sama2 x-smkabp

selesai.

Friday, August 28, 2009

kain terselak ®


orang terlalu ramai dalam bas.tiba-tiba naiklah seorang wanita muda yang mengandung.
lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi.
"encik, bolehkah bagi saya duduk?saya berdiri takpe, tapi budak dalam ni...".
lelaki itu pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut.

kemudian lelaki tu pun mengeluarkan rokok dan menghisap rokok, lalu wanita tu berkata
"encik,boleh ke encik tak merokok.saya takpe, tapi budak dalam ni..."
lelaki itu pun dengan tersipu-sipu membuang putung rokok tersebut.

tapi dalam hatinya membara,geram betul pada wanita tu.
sudahlah terpaksa beri tempat duduk,ini dia boleh tegur pula aku ingin hisap rokok.
fikiran lelaki tu ligat mencari idea macam mana nak kenakan balik wanita tu.

tiba-tiba angin bertiup.
maka terselaklah kain wanita tu
lalu menampakkan pangkal paha yang putih melepak
dengan spontan lelaki tu cakap
"cik puan, boleh x cik puan tutup kain cik puan tu.
saya xpe ,tapi budak dalam (seluar) ni x boleh..."

Thursday, August 27, 2009

SITI ®

wow!!
hebat!!
teruja!!
siti nurhaliza ada channel tv sendiri "SITI"
dekat ASTRO channel 188
mantap giler
xpernah ada orang ada channel sendiri
sempena hari merdeka saja channel ni
tapi satu permulaan yang baik..
yang xtahan tu konsert SATU yang lepas ditayangkan
dah la aku xpegi.pas 2 xdapat tengok plak 2
dvd dia xtau kuar bila.
dah lah limited.nak tengok kat mane.
minggu lepas dah balek.
selain tue ditayangkan konsert2 dia yang dulu2 & video clip
aku plak yang bangga.

Tuesday, August 25, 2009

besor dah ®

23 Ogos 1988
tarikh aku dilahirkan
dah 21 tahun dah aku ni
tapi perangai macam budak2
tengok tak serupa gaya 3rd year pun
rupa bakal engineer pun tak nampak
aku bila orang dah anggap macam tu
susah aku nak nafikan sebab aku suka nampak muda.hahaha..

terima kasih kepada semua yang wish aku
ramai yang wish pakai facebook
sebelum ni ramai yang wish guna friendster
sebelum sebelum ni ramai hantar sms
tapi yang wish sms pun ramai gak
ramai berebut nak jadi d 1st wisher
terharu!!
jom secret recipe.tiramisu & chocolate indulgence
kali ni aku pun selamat dari balingan telur & tepung
sebab dorang xnak buat dosa sempena puasa ni
dan aku pun balek ke hostel sehari selepas birthday aku
kalau buat pun macam takde apa pun!


celebrate birthday kat rumah best!
makan ramai2.makan time buka & sahur.
hadiah mak aku kata nak bagi.tapi tak dapat lagi.
mak aku nak bagi enset.tapi tak tahu lagi bila.
teringin gak pakai enset baru.
tak kesah lah enset apa pun.
janji advance dari enset yang aku ada sekarang ni.
semoga doa dimakbulkan.
kena contact mak aku selalu ni..
kalau tak dapat pun takpe lah.
sebelum ni pun enset bukannya aku beli sendiri.
semua mak ayah aku yang bagi
nak beli sendiri takde duit sendiri lagi
hopefully sempena hari kejadian aku ni
semua apa yang aku idamkan & apa yang aku impikan
dikabulkan & dapat direalisasikan.

Friday, August 21, 2009

berkat berangkat ®

yeeehaaa!!!yahoooooo!!!
aku nak kembali ke halaman asmara..
nak balek rumah..
setelah berbulan lamanya tidak pulang
kini anakmu pulang ke rumah dengan penuh harapan
wahai bonda & ayahanda
tunggu kepulangan anakmu ini..
banyak reasons nak balek sangat2 ni..
  • nak menyambut ramadhan al-mubarak bersama family
  • nak melihat anak sedara baru (nur dayana batrisyiah)
  • nak hantar kain nak buat baju raya
  • nak celebrate birthday aku bersama family (ahad ni)
  • nak claim hadiah birthday boy
  • nak lari dari telur & tepung
  • nak tengok tv
  • nak makan masakan ayah aku
  • nak hantar barang yang mak aku kirim
tak tahu lagi nak balek ukm hari apa
either ahad or isnin
kelas ari isnin 1jam je..ermmm..
tapi banyak assignment perlu dihantar
kat rumah confirm2 aku tak buat semua keje2 yang lecturer bagi..
nanti lah aku decide.turn nak packing barang plak.

kepada semua blogger
aku nak wish selamat menyambut ramadhan almubarak
bulan yang penuh keberkatan
puasa jangan tak puasa.jangan puasa yang2 yok.pagi2 buka periuk!!
kepada datuk K & Siti Nurhaliza
happy anniversary yang ke-3
semoga bahagia ke akhir hayat & dapat menimang cahaya mata
ameeeenn..

aliens yang kewl ®

citer terbaru yang aku tengok..
tengok dekat tempat biasa..
kali ni dengan orang yang bukan biasa..
tiket rm6 je..
kami merempit ke alamanda..
serious jangan tak tengok citer ni..
kelakar yang amat!!!
korang akan gelak dari awal sampai abes..
tak kering gusi dibuatnya..
setiap character memang best!!
si nenek dengan kungfu dia yang dasyat!!
si ricky yang selalu jadi mangsa keadaan.
si hannah yang comel & pandai cover line.
si bethany yang sexy!!!
para aliens yang menjijikkan!!!
CGI pun nampak kewl.takde nampak cartoon..
antara citer yang paling lawak + sengal pernah aku tengok!!

double triple xpuas hati ®

gambar di atas bukan menggambarkan main bola dalam hujan pakai selipar
seperti kebiasaannya setiap khamis malam jumaat
kitorang bermain futsal.aktiviti mingguan.
sebelum pegi hujan dah reda dah.
maen kol 12-1 pagi
adalah dalam 14 orang.court besar.
macam2 hal budak2 ni.
kashi & kepit boleh plak tertinggal kasut.
dah sampai dah sport planet kajang.
dah nak maen baru perasan kasut tertinggal.
ni kes gembira sangat kenakan aku sebelum gerak.
jenuh patah balek amek kasut.
2 orang lagi ada hal yang x diingini berlaku
motor kehabisan minyak.terpaksa mencari stesen minyak yang berdekatan.
bukan dekat yang jumpa.nun nak sampai kajang.
aku pun dah serik dah.sebelum nak ke mana2 make sure minyak motor diisi.
kalau tak menolak lah jawabnya.
sampai wisel penamat ditiup xsedar dah abes maen.
memang xpuas hati maen.xrase maen macam kebiasaannya.
xpenat lansgsung.rasa sekejap je.
nasib baik ada score 1.tapi bolos banyak gak la.

balek lepak maple.
hujan renyai2.redah2.
dah abes makan minum blah.
hujan makin lebat!!!macam batu kerikil dah turun.
dengan pakai short terasa kelencunan seluruh badan.
dengan helmet xde visor perit muka meredah hujan.

sampai bilik lagilah x puas hati!!!!
dengan basah lencunnya tengok2 kasut selipar xde depan pintu..
budak2 ni cakap felo amek.rampas!!!!
bodoh!!!!macam budak2!!!!!
ko ingat ko buat macam tu budak2 ni makin suka??
makin turut kata???
nak letak selipar dalam bilik buat apa???
bodoh!!!rajin betul memungut selipar & kasut.
simpan dalam bilik sendiri plak 2.cium & hidu la bau kasut budak2 ni.
kasut aku pun sekali ada.nak pegi kuliah nak pakai apa??
bodoh!!! apa motif nak biar aras clear xde kasut kat luar bilik???
bodoh!!!kalau xde selipar xpayah nak rampas semua selipar!!
macam haram.bagus sangat ke ko jadi felo???
setakat buat keje kutip selipar baik xpayah..
baik keje kat kilang selipar.boleh kutip selipar setiap hari.any time je..
sekian.terima kasih!!!

Thursday, August 20, 2009

jubah & mortar ®

tahniah kepada semua abang2 & kakak2 aku..
akhirnya mendapat segulung ijazah pada hari selasa yang lalu
sempat meluangkan masa meraikan kejayaan dorang
sidang pagi berjumpa ngan kak sue, kak rita, kak fizah, kak ainah & abg acan
yang xsempat jumpa kak pearl, kak zirah & kymie
xdapat la snap picture kenangan ngan dorang
sidang petang kaka, cuah & abg amin
dorang ni semua senior pesta konvo dulu
mane2 yang kenal pun aku wish congrats juga
xde bagi apa pun kat dorang
budget xmencukupi
kalau nak bagi kena bagi semua.baru adil.
kira aku datang tengok dorang pun dah satu hadiah jugak..
hari selasa hari tue memang perit
ulang alik-kelas-dectar-kelas-dectar-maple-dataran gemilang-hentian kajang
dectar - dorang konvo
maple - lepak2 makan ngan dorang
dataran gemilang - melihat malam penutup pesta konvo
hantian kajang - hantar senior balek rumah
aku spend time ngan dorang seharian
lepas ni memang susah lah nak jumpa dorang
best sangat2!!!

time ni menunggu abg amin keluar dari dewan.
kami sharing beli gift kat abg amin
4 bears mewakili kami 4 orang.aku,kimie,huda & sha..
dapat discount.kami beli bear ni sebab kalau beli fresh flowers xtahan sangat
kalau yang ni boleh simpan sampai bila2..bear tu pun xkan membesar.

yang sorang ni memang excited!!
dia tahun depan baru grad.tapi sem ni dah abes study.2 tahun setengah je.
aku pulak 2 tahun lagi!!!sabar menanti.
tapi mostly member2 aku ramai yang grad next year.
geng2 4 tahun je la grad same aku..
.
betul ke orang cakap kalau pakai jubah sebelum grad nanti kita x grad????
apa disebalik kata-kata itu???

closing yang grand???? ®

dah lama dah kot majlis penutup berlalu
secara tidak langsung pesta konvo 37 melabuhkan tirai

bagi budak2 pk37 pasti merasakan kelegaan setelah berbulan-bulan memerah keringat masa & segala macam untuk menjayakan pk37
sekarang dorang dah merasa apa yang aku rasa sebelum ni

baru tahu apa yang dimaksudkan apabila join pesta konvo
macam2 dapat bila join kan???


aku bukan nak jadi pengkritik ye

ni bagi sapa yang datang & tengok

malam penutup pk37 yang lalu

apa yang aku dapat gambarkan??

aku x berasa apa yang aku rasai tahun lepas
kemeriahan suasana xsama

maybe tahun lepas ada Amy Search..

tapi ramai yang mengatakan tahun lepas still the best..hehe

aku xcakap tapi orang lain yang cakap
persembahan yoyo cina 2 planning aku tahun
lepas t
api cancel atas sebab tertentu.xingat.

selain persembahan artis aku still ingat satu lagi performance

kawad kaki berirama dri SMKTTDI :)
aku x expect program aku meriah semeriah konsert jom heboh
lautan manusia memenuhi dataran gemilang
sing along ngan artis2 (raihan,nash & amy search)

nash turun pentas diri tengah2 audiens

memang xdapat bayangkan perasaan aku time tue

sebak sangat2.sebab aku bertungkus lumus b4 event..

tido sampai 3,4 pagi.buat kerja sorang2

ada orang nak tolong tapi ada orang lain xbagi orang tu tolong

time ni hanya beberapa orang yang mengerti betapa seksanya aku time tu
sampai sekarang maybe member sekerja aku x tahu situasi aku yang sebenarnya

semua itu hanya tinggal memory & kenangan2 itu xakan luput dalam fikiran aku

tahniah buat semua ahli pesta pk37..

Wednesday, August 19, 2009

perak 2 ®

KEJOHANAN SUKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SUKAN TERAS UNIVERSITI (KRIKET)
15-16 OGOS 2009
OVAL UKM

hari 1st.category 6 sebelah
setiap team ada 6 orang
maen 6 overs.
hari 1st ni maen sampai petang dalam pkul 5
bayangkanlah berjemur di tengah padang dari jam 8am smpi 5pm
mana x ireng!!!!
format game liga..
team aku menang 3 dari 4 game..
ramai gak la yang baru 1st time maen..
kalah ngan kolej aminuddin baki..of course!!!!
mana x!!semua player kolej 2 player international.sah2 la menang!!
kami dapat perak pun bersyukur!!alhamdulillah..

position aku wicket keeper..
ada la juga aku buat wicket.
perasaan bila dapat buat wicket x dapat dibayangkan
betapa seronok time tue dapat matikan orang..

2nd day.category 8 sebelah..
klu dah 8 sebelah maen 8 orang je la..
maen 14 overs..
penat semalam pun xabes lagi.
time ni pun dah pikir fight untuk perak juga.
sah2 team Aminudin Baki menang..
dorang menang mudah.kami kalah dengan bermaruah.
tapi serius match ni fight giler ngan Kolej Tun Syed Nasir (KTSN)..
aku memang xpuas hati lawan time ni..
even aku dapat buat 3 wicket tapi aku rasa bersalah ngan team aku..
time 'bowl' aku lah orang yang banyak buat 'wide'
bila batting aku lah orang yang paling cepat out.
frust giler!!!
tapi dengan semangat yang kuat.team spirit!!
kami dapat mengalahkan KTSN n kami mendapat perak
tahniah buat kajai's team.


history
1st year - no. 4
2nd year - gangsa
3rd year - 2 perak
4th year - xmaen dah..
masa 1 year lah aku dapat wakil UKM dalam MASUM

"KAJAI - NONE BUT THE BEST"

Saturday, August 15, 2009

kempunan ®

teringin gak pegi..MTV WORLD STAGE.live in malaysia..
tapi nak buat macam mana..tak berkesempatan..
rugi2..dapat tiket free..
klu x dapat pegi ngan huda leen & bf leen..
sebelum ni memang xtau mcm mne nak dapat ticket..
yang si huda claim top up maxis rm50..
tapi aku nak top up apanyer..pakai line..huhu
dorang ajak sebab ada ticket free 1..
aku nak gi macam mana time tu (petang tadi)..
last2 minit.time tu tengah match SUKEM (sukan universiti UKM)..
dah la kat sunway lagoon resort.jauh 2 nak ke sana..
aku cakap bagi je la sape2..xde rezeki..

penghibur konsert

  • Kasabian (UK band)
  • All American Rejects
  • Hoobastank
  • Pixie Lott
  • Boys Like Girls
  • Raygun (British Band)
wow!!
!aku nk tengok sangat2 live band especially TAAR-hoobastank & BLG!!!
rocks!!!

Friday, August 14, 2009

opening yang grand ®

terasmi sudah pesta konvokesyen ke-37 UKM semalam
semua nampak berjalan lancar
tahniah diucapkan kepada semua ajk pesta
especially budak2 pro.pro memang best
sebab aku pun budak pro gak.pesta 35 & 36..
untuk malam perasmian kami bekas alumni pro xsabar nak tengok
sebelum ni kita yang buat keje xdapat nak tengok secara keseluruhan
masing2 sibuk buat keje part sendiri yang ditugaskan

kelainan malam perasmian kali ni ada lainnya
terutama sekali pertunjukkan bunga api
yang ke-2 persembahan akrobatik motosikal wira merah
yang ni nampak lain dari yang lain
persembahan PALAPES & ARTISUKMA tetap ada
satu kewajipan untuk pesta konvo
tahniah sekali lagi atas kelainan yang dibuat
gimik perasmian ok.not bad.pusing2 perkataan 37..
yang best last year ada dr sheikh muszafar

bukan nak bandingkan sangat malam perasmian tahun ni ngan tahun lepas
yang baik kita jadikan panduan
yang kesilapan yang lepas jangan diulang

tapi yang aku terasa sikit pasal bunga api
tahun lepas aku yang handle pertunjukkan bunga api
kerja pengendalian dah half way dah
tapi disebabkan beberapa faktor pertunjukkan tu xdapat dibuat
dicancel sebab beberapa faktor
bukan nak salahkan sesiapa or mana2 pihak
lagipun kita memikirkan kesihatan almarhum canselor pada waktu tu
masa pertunjukkan bunga api semalam aku terfikir sesuatu
time 2 sape2 yang bekerja kuat mesti terasa sesuatu
akhirnya kerja yang direncanakan berjalan ngan lancar
apabila melihat orang lain berteriak keseronokan
kita pasti akan lebih gembira apabila kerja kita dihargai
walaupun bukan aku yang buat kerja tu tapi aku dapat imagine

semalam balek terus update status kat FB
"nape pesta konvo kali ni ada bunga api!!!!"
sampai 84 comments!!
bagi budak pesta tahun lepas dorang memahami lah
ni tetiba budak2 lain comment
berlakulah perbalahan kecil
dorang cakap melalaikan, membazir, guna duit student
bagi budak pesta dorang tau la apa yang berlaku
aku diam je la.malas nak layan.
beri pendapat dengan cara berkhemah
setiap benda yang dilakukan ada objektifnya
sekali lagi & lagi..congratulation warga PK37!!
nak tengok closing ceromony plak.. para alumni pk36 gathering

post di ditulis ketika aku memontengkan diri ke kuliah 3jam
jangan tiru aksi ni di hostel!!

Wednesday, August 12, 2009

hari cancel sedunia ®

cancel lagi..
hari ni semua benda cancel..
bukan semua.kelas & lab aku je cancel..
kelas pagi tadi memang dah tau cancel semalam..8-10 a.m..
so aku bangun pagi dalam kol 10 lebih kot..
petang ada lab plak..
kalau xde lab free aku satu hari..
tengok jam dah pukul 2..
lambat lagi pegi lab..
rush rush rush rush..
nak masuk lab baca msg member aku hantar
"lab dh stat.cpat sket".dia ni bukan satu lab ngan aku.
tapi member dia satu lab ngan aku..
maybe member dia suruh msg aku..
masuk2 lab je kena gelak..
aku buat la muka selenge + kemengahan..
member aku cakap lab cancel..
aku tengok member aku yang send msg tue tergelak2 sakan..
siap ko hazirah..siap ko!!
demo ada notice kat pintu lab yang lab hari ni cancel..
xperasan & xbaca pun notice tue..
yang malasnya kalau cancel kena ganti lain hari..
tue yang xsuka..
xpela.kalu kelas & lab cancel kena pegi fac juga..
nak hantar assignment..
tapi yang bestnya balek makan goreng pisang sambil bawa motor..
yum yum yummy...

Tuesday, August 11, 2009

shopping mhopping ®

ari ni kelas 1jam..
selepas kelas pergi ke sogo..
planning ngan daos last week..
sebab dia bengang ngan aku.aku xpernah pegi sogo ajak dia..
daos ingin membeli kasut polo idamanya..
aku pulak ingin mencari apa yang berkenan..
xcukup ke sogo kami ke mid valley pulak..
hasilnya aku banyak la juga membeli..
sebahagian adalah persiapan hari raya punya..
hasilnya aku puas hati.dapat apa yang nak.
walaupun xpenting sangat pun..jangan membazir!!
selepas puas berjalan 8jam ini yang aku dapat..
seluar jeans romp
windbreaker reebok
selipar tropicana life
polo tee northen rock
slippers beg banana peel
nak beli capal polo.tapi ada pakcik nak beli jugak.
aku mengalah bagi pakcik tue beli.pakcik tue dah ready nak bayar.
tunggu decision dari aku je.kalau aku xbeli dia nak.
aku pun teragak2 nak beli sebab saiz lebar cikit.
tapi dah lama aku berkenan ngan sandal tue..
dah xde jodoh ngan sandal tue..
cari capal lain xberkenan plak.over2..
bape banyak aku abes ni.duit keje abes macam 2 je..
aku ni jenis yang xpandai saving.
dapat duit habes macam tue je.xpe.nampak ke mana duit tue pergi..
alhamdulillah...

Saturday, August 08, 2009

tak sampai tahap gaban ®

wayang lagi!!!
alamanda lagi!!!
excited nak tgk movie g.i. joe ni!!!
2 yang lantak la..asalkan dapat tengok..
planning baek punyer!!
nak tengok kat pavilion or kat klcc..
ye ar sebab jarang tengok kat sana..
sekali dua je pernah.tapi ntah bila pun aku xingat..
pagi2 baru decide nak tengok kat mana..
jawapannya kalau malas nak geraka jauh tengok kat alamanda sudeh..
4 jejaka je yang pegi..aku kashi rashdan & jambu..
menunggang motor berdua-dua..
disebabkan kes last movie aku xdapat redeem tiket free
kali ni aku print siap-siap birthday treat coupun..
print 4 lagi takut-takut boleh redeem tok 4orang..
gerak ke sana pun awal sebab takut beratur panjang & ticket abes..
sebab malam tue aku nak reservation ticket on9 semua da full reserve..
nasib baek alamanda kunjungan xmemberangsangkan macam mid..
sampai2 2.3 orang je yang que..
aku kuarkan la coupon nk redeem ticket..
harap maaf!!!kalau nak redeem ticket free movie yang ni je yang boleh..
movie baru xboleh!!ape ke hal la plak xboleh...
suka hati dia je.punah sekali lagi harapan aku...

lupakan seketika hal di kaunter tue..
bukan rezeki aku nak tengok movie free..
kalau nak redeem maksudnya kena biar movie tue 1,2 minggu..
cerita dah lapok la macam tue..
aku bagi 4 ½ bintang citer ni..
CGI gempak walau xsehebat transformers..
jalan cerita best.mesti ada sekuel ni..
tapi pelakon2 dia xhebat sangat..
yang aku kenal channing tatum & sienna miller..
lawak2 tetap ada.si Ripcord penghibur cerita..
cerita ni pun ada pengajaran.memang betul apa yang Ripcord cakap..
xkan semua benda kita nak menang je kan????
kalau kita kalah mesti ada hikmahnya..
kita perlu berkerja keras & jangan over confident!!!
lagi satu "sains memerlukan pengorbanan"
kalau ikut cerita tue memang betul.tapi cara dia salah.

balek2 window shopping.malas nak kuarkan duit.kalau cucok duit confirm nak beli punya!!!

Comments

comments powered by Disqus